Pagi itu seharusnya Zara menikmati
secawan kopi panas di café hadapan
pejabatnya tetapi malangnya dia, café
itu tutup pula hari ini. Dia gemar menikmati kopi disini kerana kopi
disini sedikit berbeza dengan kedai – kedai lain malah kopi disini dihidang
pula dengan permandangan luar tingkap kacanya yang dihiasi dengan kebanjiran
manusia yang berpusu – pusu ke pejabat.
Hiasan
dalaman café itu mengingatkan setiap pengunjungnya jauh ke pelusok Paris,
sungguh eksklusif.Dia sering memerhatikan permandangan setiap pagi dari luar tingkap
kaca itu. Kadang – kadang dia berfikir – fikir, adakah manusia – manusia ini
tahu erti berehat? Erti masa untuk diri sendiri? Dilihatnya mereka ini saling
tidak tumpah seperti robot, menunggu baterinya habis barulah berhenti.
Dia
berdiri di hadapan café itu agak lama. Sesekali dia melihat telefon pintarnya.
Dia tertanya – tanya kemanakah perginya Azril sejak kejadian tempoh hari.
Selalunya dia akan menalefon Azril setelah beberapa hari tetapi kali ini entah
kenapa dia tidak mahu menalefon atau mencari Azril, baginya sudah cukup
menderita dia melihat perbuatan Azril dihadapan matanya.
Zara
merenung papan tanda kedai itu. Entah kenapa saat itu fikirannya kosong
sehinggalah seseorang menghulurkan secawan kopi kepadanya. Sepertinya dalam
filem tapi perasaan itu terasa sungguh benar.
“ Try,
my favourite.”
Zara
menoleh ke kiri. Dilihatnya Awais berada di sisinya, berdiri dalam posisi yang
sama, memandang kosong papan tanda kedai itu. Seperti yang dia fikir, lelaki
itu senantiasa muncul, muncul untuk menenangkan jiwanya yang gundah gulana
ataupun dia yang sudah jatuh cinta pada lelaki tinggi lampai itu.
Love is not something you see but it is something
you feel
“ Thanks.”
Zara kembali memandang ke arah papan tanda itu. Masing – masing masih berdiri disitu.
Hakikatnya mereka berdua berasa sungguh tenang. Entah kenapa, tiap kali mereka
bertemu, Zara berasa sungguh tenang. Memandang wajah lelaki itu sudah cukup
membuatkan Zara tersenyum sepanjang hari.
“ Sedap.” Kata Zara tetapi ekspresinya
kosong. Awais ketawa kecil.
“ Kenapa ketawa?” Tanya Zara
kehairanan. Awais mengangkat bahunya, entah apa perlu dia jawab pada Zara.
“ Boleh saya tanya awak sesuatu?”
“ Mhm, apa dia?”
“ Kenapa dulu awak tolak saya?” Awais
diam, dia ketawa dan ketawa.
“ Hmm, kenapa?” Zara bercekak pinggang.
“ Mungkin sebab saya takut?”
“ Takut? Kenapa? Saya nampak macam
hantu ke?” Awais ketawa lagi. Lucu bila bercakap dengan Zara. Ada sahaja soalan
– soalan bernasnya.
“ Manusia sama sahaja macam haiwan, ada
masa dia rasa tidak selamat. Bila dia rasa tidak selamat, dia…”
“ Tolak saya dalam lumpur?” Awais
mengangkat bahu.
“ Yeah?
What I can do then?” Awais senyum.
“ You…
should accept me…” Mereka saling berpandangan. Diam yang sangat lama,
seakan – akan tiada sesiapa yang memerhatikan mereka. Seolah – olah dunia sudah
berhenti dan tidak bergerak lagi. Hingar bingar pagi itu seakan – akan lagu
yang mendamaikan jiwa mereka. Alangkah bagus jika waktu tika itu terus sahaja
berhenti.
“ Zara…” Deringan telefon pintar Awais
menyedarkan mereka.
“ Sorry…” Zara mengangguk dan dia
memberi isyarat pada Awais lalu beredar daripada situ. Awais pula hanya
mengangguk faham. Awais memerhatikan sahaja Zara berjalan menuju ke arah
bangunan pencakar langit itu.
Zara memegang dadanya yang secara tiba –
tiba berombak kencang. “ Ya Allah…” Zara berpaling ke belakang, dilihatnya
lelaki itu setia memerhatikannya. Zara senyum, begitu juga Awais.
Kadang
kala kita tidak memerlukan kata – kata untuk mengungkapkan rasa yang terpendam
di sudut hati.
Belum
sempat Zara masuk ke dalam cucible-nya,
Zara disergah Redzuan yang entah dari mana datangnya. Minyak wangi Polo Haus
melekat di hidung Zara, Redzuan memang seorang lelaki yang Metroseksual. Dia
duduk di sisi meja Zara, lagaknya seperti seorang model yang tidak sabar
menunggu flash kamera untuk menangkap
semua posisi – posisinya yang dirasakan berharga itu. Zara hanya tertawa dengan
perlakuannya itu.
“ Ya, boleh saya bantu?” Kata Zara
sambil dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
“ Sejuknya hati aku tiap kali tegur si
Zara cantik ni, tak macam singa betina sebelah tu, memekak je tahu!” Sindir
Redzuan. Fadhilah menjelingnya tajam. Zara hanya mampu mengeleng – gelengkan
kepalanya melihat kelakuan anjing dan kucing itu.
“ Zara, minggu depan syarikat kita akan
adakan family day kat Pahang. Jom!” Ajak Redzuan.
“ Laa, ye ke? Nak!” Laju sahaja Zara
jikalau ajak berjalan lagipun sudah lama dia tidak beriadah. Tiga minggu lagi,
cuti semesternya sampai ke penghujungnya. Inilah masa yang sesuai untuk dia
menghabiskan masanya beramah mesra dengan rakan sekerja yang lain.
“ Trip kali ni mesti best! Oi, kau ikut
tak?” Tanya Redzuan pada Fadzilah. Fadhilah hanya menjuihkan bibirnya, merajuk
mungkin lalu melangkah masuk ke pantri tanpa mempedulikan Redzuan. Hati perempuan,
sekasar mana mereka sekalipun, hati mereka sudah fitrahnya lembut dan rapuh.
“ Merajuk pulak! Hei!” Redzuan pula
yang kalut – kalut membontoti Fadhilah masuk ke pantri. Risau juga Fadhilah
sudah hilang minat padanya.
Kadang
kala, tanpa sedar mereka berdua menjaga antara satu sama lain. Mereka masih
belum tahu bagaimana untuk meluahkan perasaan yang terbuku di dada masing –
masing.
Kopi
yang berada di atas mejanya ditenung lama. Dibelek – belek cawan kertas itu.
The most beautiful thing I see this morning is you.
Makin
lama makin kecil matanya. Apakah tulisan itu? Halusinasi? Tidak mungkin. Dia
baharu sahaja menampar pipinya. Berkali – kali dia mengelengkan kepalanya,
tidak percaya. Eh, benar! Itu benar – benar tertulis di cawan kertas itu. Tidak
semenanya, bibirnya mengherot senyum. Terasa seperti dia sedang menikmati
pertunjukan bunga api!
Laju
sahaja jari jemari Zara menaip pada telefon pintarnya.
Zara - So you’re becoming the victim, huh?
Peti
mesej mempunyai satu pesanan ringkas. Cepat juga lelaki ini membalasnya, fikir
Zara. Degupan jantungnya bisa didengar orang sekeliling. Jika mahu
dibandingkan, debar yang dirasakan sekarang lebih menakutkan daripada mengambil
keputusan SPM dahulu.
Awais - Well, I guess so.
Zara - Unconciously, like you said before?
Awais - Nope, willingly.
Hati
perempuan mana tidak berbunga – bunga pabila lelaki yang difikirnya tidak
mungkin digapainya seperti sudah masuk ke sangkar hati. Zara merenung lama
skrin telefon pintar itu. Sebuah luahan hati? Satu pesanan ringkas masuk lagi.
Awais – To my surprise, you texted me. Thank you,
you just made my day. J
No comments:
Post a Comment