Sunday, 3 May 2015

BAB 5

Cuaca cerah. Terdengar kicauan burung yang merdu di telinga - telinga hambaNya. Zara leka menikmati keindahan Taman Metropolitan yang terletak di pinggir bandaraya Kepong.
        " Ehem! Seronok nampak!" Sapa Awais mesra. Dia segak dalam T-shirt polo biru cairnya itu. Disarung pula dengan seluar warna Khaki. Makin memikat. Zara memandang ke arah suara yang menegurnya itu. Dia senyum.
       " Alhamdulillah, seronok datang ke sini. Dah lama saya tak ke sini. " Jawab Zara panjang lebar.
       " Burung - burung tu mesti seronok. Hari - hari memuji tuhan. Terbang sana - sini. Bebas. " Zara mula melabuhkan punggungnya di atas kerusi batu. Dia memeluk tubuhnya kemas.
       " I don't think I want to be a bird. Takut.  Ehmm, awak..." Awais bersuara tetapi Zara hairan mengapa mata Awais asyik sahaja merenung ke arahnya tetapi diendahkannya. Buang tabiat mungkin.
       " Apasal pulak? " Tanya Zara kehairanan.
       " Hah? Pasal apa? " Tanya Awais kembali. Tidak faham apa yang ditanya Zara. Tidak fokus mungkin.
       " Ye la, kenapa tak mahu jadi burung? "
       " Oh! Hmm, sebab... takut awak ngap saya nanti! Awak kan kucing busyuk! " Awais buat gaya menerkam. Dibuat - buat muka comel. Zara mengetap bibirnya. Awais ketawa kecil. Jelas terserlah giginya yang tersusun rapi itu. Zara mendengus geram lalu dijeling lelaki itu. Awais mendehem.
       " Awak. Awak yang namanya Nur Zara Alesya. Merajuk ya? " Gurau Awais. Suaranya sengaja dibuat manja. Zara memalingkan mukanya. Awais ketawa lagi. Zara makin geram. Tidak suka diusik begitu.
       " Awak... " Awais panggil lagi. Zara tidak peduli. Kini Awais sudah duduk disebelahnya.
       " My mum always remind me not to keep angry tau. Nanti cepat tua katanya. Tua lepas tu berkedut - kedut pula.  Awak..." Pujuk Awais. Zara mula tidak senang mendengar perkataan tua lalu dia  memalingkan mukanya. Terkejut dia melihat Awais hanya bersebelahan dengannya.
      " Mana ada saya marah. Saya tak marah pun. " Terang Zara. Zara kehairanan, apa pula yang dipandang Awais sejak tadi. Matanya galak memandang Zara lalu kepalanya diangkat sedikit.
      " Apa yang awak tengok? Seram saya... Saya cungkil biji mata awak tu nak? " Berang Zara. Dia berasa sungguh tidak selesa dengan pandangan Awais. Awais pula mengalihkan pandangannya. Dia tersenyum lagi.
      " Tengok - tengok! Senyum - senyum lagi.... Awais, you know something? You're such a weirdo. Scary! " Kata Zara lalu dia bangun dari kerusi batu itu dan membuka langkah ke arah Zarif yang sibuk mengeluarkan makanan daripada bonet kereta.
      " Hey! Zara. " Panggil Awais. Zara berhenti lalu berpaling ke belakang. Awais sudahpun berada di hadapannya.
      " Thanks! Awak duduk atas newspaper saya tadi. Malu nak tegur. " Kata Awais sambil dia layangkan surat khabar itu ke udara. Awais berjalan mendapatkan Zarif.
" Apa lama sangat der?! " Jerit Zarif sebaik sahaja dia melihat susuk tubuh Awais yang semakin hampir.
" Ada kucing besar duduk atas news aku tadi. " Balas Awais diikuti tawa kecil. Dia memalingkan badannya lalu mengenyitkan matanya kepada Zara. Zara melopong. Wajahnya semakin merah. Tidak tahu dia mahu menyorokkan mukanya ke mana. Kakinya dihentak hentak ke tanah. Malu bukan kepalang. " Mamat ni nak kena betul!" Gerutu hati Zara tidak puas hati. Dalam gerutu, dia juga gembira diusik sebegitu. Bahagia.

        " Okay, adik - adik! Today.... " Kanak - kanak dihadapannya termasuk Zarif mula mengeluh berat. Kenal benar dengan perangai Awais yang sungguh mengagung - agungkan bahasa penjajah itu.
        " Opps, maaf- maaf! Ehem-ehem-ehem, abang cakap sekali lagi ya. Hari ini kita ada CIKGU BARU!! " Jerit Awais kegirangan. Begitu juga anak - anak yatim itu. Tangan Awais melambai - lambai ke arah Zara yang sedang leka duduk bersama tiga orang wanita pertengahan usia yang sibuk menyiapkan makan petang anak - anak yatim itu.
       " Cik Zara pergilah melayan budak - budak tu." Kata salah seorang wanita itu, Kak Salmah. Zara terkejut lalu dia menghayun - hayunkan kedua - dua tangannya tanda tidak mahu berada di hadapan bersama Awais dan Angannya. Biarlah dia menolong wanita - wanita itu sahaja.
       " Tak mahu la macam tu, budak - budak tu pun tak sabar mahu kenal dengan kamu. " Sambung Kak Fadhilah, pemilik Rumah Anak Yatim Firdaus itu.
       " Malulah Sya, Kak Ilah. " kata Zara. Tiba - tiba lengan Zara terasa ditarik.
       " Marilah Sya! Tak sabar budak - budak tu nak kenal Sya ni! " Pujuk Zarif. Dia tahu Zara amat sukakan kanak - kanak cuma Zara ini pemalu orangnya. Zara mengangguk laju. Terdengar jeritan nyaring kanak - kanak itu memberikan semangat kepadanya.
       " Errr, Assalamualaikum semua! " Zara malu - malu. Dia memandang wajah setiap anak kecil dihadapannya, cukup mendamaikan. Awais pula tidak lepas membiarkan matanya menatap wajah bujur sirih milik Zara. " Ya Allah, andai dialah jodoh yang kucari selama ini. " Awais bermonolog.
       " WAALAIKUMUSALAM WARAHMATULLAH HIWARAKATUH! " Salam Zara dijawab dengan penuh semangat. Zara teruja.
       " Cikgu! Cikgu nama apa? " Tanya seorang budak perempuan dalam lingkungan empat tahun itu. Belum sempat Zara menjawab soalannya, seorang budak lelaki yang juga kelihatan berumur empat tahun menyampuk.
       " Mesti cikgu ni namanya cantik. Sebab cikgu cantik sangat! " Gurau budak lelaki itu. Zara ketawa kecil. Tidak sangka dia akan menerima pujian yang sebegitu.
       " Bukan. Nama cikgu, Cikgu Zara. Semua kena ingat tau nama cikgu. Nama apa? "
       " Cikgu Zara! " Jerit kanak - kanak itu kegembiraan.
       " Okay! Cikgu baru dah kenal, sekarang kita main pulak! Siapa nak ikut cikgu bot main? Jom! " Ajak Zarif lalu mereka semua lari bertempirian ke arah taman permainan berdekatan. Zara berasa lucu melihat gelagat mereka. Awais mendekati Zara. Zara pula cepat - cepat beredar daripada situ. Malunya belum habis. Awais ketawa lagi lalu dia mengambil keputusan untuk turut serta bermain taman permainan. Dia tahu, pasti Zara masih malu dengannya selepas dia mengusik Zara sebentar tadi.

        Leka Zara melihat anak - anak itu gembira bermain. Matanya dari tadi  memerhatikan gelagat Awais yang kelihatan seronok melayan kerenah anak - anak itu. Sesekali pandangannya lari sebaik sahaja dilihat pandangan mata Awais jatuh padanya yang sibuk mengupas limau madu yang dibeli khas dari Pahang itu.
        " Awais tu baik budaknya. Kacak, anak orang berada. Kuat agama lagi." Kata Kak Fadhilah sambil dia melabuhkan punggungnya disisi Zara. Zara tertunduk malu.
        " Awais tu sudah bertunang. " Ada sedikit kekecewaan dalam diri Zara. Zara berdiam diri.
        " Tapi sayang bukan pilihannya. Keluarga yang aturkan, kata dia itu pilihan ayahnya. Adwina tu cantik orangnya persis model dalam TV tu. Kalau sekali pandang macam aktress sinetron indonesia pun ada. Memang cantik, baik pun baik juga. Orang kata memang mereka berdua tu bagai pinang dibelah dua. Awais tu pula sudah mula sayangkan si Adwina tu tapi..." Cerita Kak Fadhilah panjang lebar. Bibir Zara terkunci rapat. Entah mengapa dia berasa begitu kecewa. Langsung dia tidak gembira mendengar khabar berita itu. Cerita Kak Fadhilah tergantung sebaik sahaja Awais memanggilnya.
       " Tunangan orang rupanya. " Bisik Zara.
       " Kak Ilah! Tembikai ni saya belah ya! " Jerit Awais.
       " Tak apa, tak apa! Mari Kak Ilah belahkan! Ini kalau kamu yang belah, tak jadi rupa tembikai nanti! " Balas Kak Ilah sambil langkahnya dihayunkan ke arah meja kecil di bawah pokok besar itu.
        " Jangan berangan Zara. Dia tu tunangan orang. Tunang? " Zara langsung terlupakan akan status dirinya. Bukankah dia itu tunangannya Azril. Dia beristighfar panjang. Dia berkira - kira, masihkah dia itu tunangan Azril setelah apa yang Azril lakukan kepadanya. Wajahnya jadi murung. Tiba - tiba baju kurungnya ditarik.
        " Cikga, Nisha nak naik tu! " Tunjuk budak perempuan itu ke arah menara tinjau setinggi lima tingkat itu.
        " Jom! " Tanpa banyak soal Zara memimpin tangan budak perempuan itu menuju ke arah menara tinjau itu. Tanpa sedar, Awais mengambil peluang itu untuk mengekori mereka berdua.

        Zara membantu Nisha memanjat anak tangga itu dengan penuh berhati - hati. Sungguh lembut cara Zara melayan Nisha.  Awais hanya mengekori.
        " Yay! Dah sampai kita! " Sorak Zara sebaik sahaja dia sampai di tingkat pertama. Nisha menepuk tangan kegembiraan. Lagak mereka seperti ibu dan anak.
        " Ehem! " Sengaja Awais mendehem. Zara terkejut. Nisha pula sudah berlari - lari ke arah Awais.
        " Papa!" Melopong mulut Zara mendengar panggilan itu. Matanya tidak berkerdip. Tidak percaya mungkin.
        " Nisha buat apa kat ni, sayang? " Tanya Awais. Dia sudah mencangkung di hadapan anak kecil itu. Mata Nisha bersinar - sinar. Rambut Nisha, Awais usap. Sejuk mata Zara memandangnya. Penyayang sungguh lelaki ini. " Ahh! Asyik kena puji je mamat ni! " Getus Zara seraya mencebik bibirnya.
        " Nisha bawa cikgu Zara jalan - jalan! " Ujar Nisha sambil jari telunjuknya ditunjuk ke arah Zara yang berdiri tidak jauh darinya.
        " Tak ajak papa pun! " Awais marah manja lalu Nisha membisikkan sesuatu ke telinga. Awais mengangguk - angguk sambil bola matanya ke arah Zara yang berdiri tidak jauh daripadanya. Zara mengerutkan dahinya tanda tidak puas hati. " Entah apa yang mereka bisikkan. " Gerutu hati Zara.
     
        Tiba - tiba Nisha mendekati Zara. Tangan Zara digenggam erat. Kepala kecilnya didonggakkan. Rambut Nisha cantik ditiup angin. Zara mengoyakkan senyuman.
        " Cikgu! Nisha tak nampak! " Tangannya didepakan ke hadapan.
        " Tak nampak ya? Meh! " Zara terus mendukung anak kecil itu. Seronok dia tatkala dia melemparkan pandangannya ke arah taman permainan. Dilambai - lambai tangannya ke arah kawan - kawannya. Zara tersenyum riang.
        " Cikgu! Jom naik atas. " Ajak Nisha sambil jari telunjuknya dihalakan ke arah tangga.
        " Nisha tak takut? " Tanya Zara menduga. Nisha mengeleng. Berani sungguh anak kecil itu. Zara menurunkan Nisha dari dukungannya lalu membawa Nisha ke arah tangga. Awais tampak risau.
         " Tak payah la naik tinggi - tinggi. " Awais menegah. Zara sedikit hairan.
         " Alah, tingkat dua aje pun. Apalah awak ni. " Zara mengendahkannya lalu dia meneruskan langkahnya ke tingkat dua. Awais perlahan membontoti perempuan itu.
         " Cikgu! Tak best la cikgu! Kita naik tingkat atas sekali nak? " Ujar Nisha yang nampak makin seronok berada di atas menara tinjau itu.
          " Eh! Eh! Tak payah la naik tinggi - tinggi! Bahaya! " Kata Awais gugup. Zara semakin hairan. Awais sedaya upaya berlagak tenang walhal jantungnya sudah mahu gugur. Sesungguhnya dia gayat.
         " Lah, bukannya suruh budak ni terjun. Saya ada menjaganya. " Kata Zara cuba menyakinkan Awais. Risau benar tentang keselamatan anak kecil ini gamaknya fikir Zara. Mereka sudahpun menginjak ke tangga tingkat empat. Awais memanggil - manggil Zara yang seronok membantu Nisha menaiki anak tangga itu.
        " Awak! Awak! " Panggil Awais sedikit menjerit. Peluh sejuk sudah mengalir di dahinya. Kakinya tiba - tiba kejang.
        " Ya Encik Awais. Kenapakah? " Jawab Zara. Dia memegang Nisha kemas, takut - takut Nisha terlepas.
        " Dah la tu naik! Bahaya kat atas tu. " Kata Awais. Wajah Awais yang serius itu membuatkan Zara bertukar fikiran.
        " Nisha, mari kita turun sayang. Papa Nisha bimbang tu. " Nisha sedikit merajuk tetapi akhirnya dia akur sahaja. Nisha kini berada kemas dalam dukungan Zara. Zara turun menuruni tangga itu. Semasa dia berselisih dengan Awais, Awais memanggil namanya.
        " Za-zara! " Terketar - ketar suara Awais memanggil Zara. Kepala Zara terus sahaja dipalingkan ke arah lelaki yang memanggilnya itu seraya itu Nisha menarik - narik bajunya.
        " Cikgu! Papa tak suka tinggi - tinggi! Papa takot! " Ujar Nisha lalu ketawa. Zara juga ikut serta.
        " Awak takut tinggi ya! Hehehe... Muka je handsome tapi gayat! Uuuuu~ " Zara mengacah - acah mahu menolaknya dari tangga. Terhinjut - hinjut bahu Awais ketakutan. Inilah masanya Zara membalas segala usikan Awais kepadanya. Sesekali Zara ketawa kecil.
        " Zara! " Jerkah Awais yang nyata tidak senang dengan usikan Zara. Zara pula menjengkilkan matanya kepada Awais lalu meninggalkan lelaki yang ketakutan itu terpingga - pingga di tangga.
        " Awak pandai - pandailah turun ya! Tata!"  Awais geram. Dia memang seorang lelaki yang pantang dicabar sebegitu.
        " Sayang! Aduhhh...." Awais mengaduh. Orang sekelilingnya mula mengalihkan pandangan mereka ke arah Awais yang sudah kekejangan kaki itu. Zara lantas memalingkan badannya.
        " Sayang, kesian abang ni! Kaki abang kejang! " Rayu Awais sambil membuat mimik muka kasihan. Matanya terpejam - pejam. Zara kaku.
        " Sayang... Sakit ni sayang! " Kini Awais melabuhkan punggungnya di tangga. Zara mengetap bibirnya geram. Ramai pula yang melayan drama Awais ini. Hebat lakonannya.
        " Papa! Papa okay? " Jerit Nisha yang berlari - lari mendapatkan Awais.
        " Kaki papa sakit. Panggil la mama tu. " Bilang Awais sambil mengenyitkan matanya. Nisha seakan mengerti. Zara pula semakin hampir dengan mereka. Malu juga dia jika di tidak melayan drama gila Awais ini.
        " Aduh! Aduh! Sakitnya kaki." Awais mengaduh sambil mengurut - urut kakinya. Seraya itu Zara mengeluarkan telefon pintarnya lalu tangkas jari - jarinya menari - nari di atas skrin.
        " Awak buat apa tu? " Tanya Awais kehairanan.
        Zara mengalihkan pandangannya pada Awais yang tampak bingung itu sebelum dia mengalihkan pandangannya pada skrin telefon pintarnya semula.
        " Tengah main Angry Bird haa..." Seloroh Zara.
        " Hah? " Awais masih kebingungan, tidak faham. 
        " Saya nak panggil Zarif la, kaki awak kan sakit. " Terang Zara lalu telefon pintarnya itu ditarik ke telinga. Cepat - cepat Awais mengambil telefon pintar itu dari telinga Zara. Tidak mahu Zarif ketahuan keberadaannya di situ. Baru sahaja tadi, dia memberitahu Zarif, dia pergi membeli kiub ais.
        " Eh! Dah sihat dah kaki awak tu? " Awais sudah siap berdiri dihadapannya.  Lelaki itu hanya membalasnya dengan senyuman.
       " Dah - dah! Mana ada sakit pun." Awais masih berlagak tenang. Tangan anak kecil itu dicapainya lalu didukung Nisha. Langkahnya cepat sahaja ke arah satu sudut menara tinjau itu. Zara memerhatikan sahaja. Sesekali dia tersenyum lalu ketawa kecil. Geli hati.

         Kini Zara pula disebelah Awais. Setia berdiri disisinya. Sesekali mata mereka berdua bertaut lama lalu masing - masing ketawa kecil. Entah apa yang mencuit hati kedua - dua hati teruna dan dara itu namun yang pasti kedua - duanya senang hati.

         Mata Nisha memerhatikan sahaja gelagat seorang kanak - kanak lelaki yang duduk jauh termenung tidak jauh darinya. Awais yang perasan akan hal itu seraya menurunkan Nisha daripada dukungannya. Dia menyeluk tangannya ke dalam seluarnya lalu mengeluarkan sesuatu daripada poket seluanya.
         " Nah, pergi bagi dekat dia." Awais menghulurkan sebatang lolipop kepada Nisha. Nisha mengangguk laju lalu dia berlari anak - anak ke arah kanak - kanak lelaki itu. Seketika nanti Nisha dan kanak - kanak itu menjadi kawan. Zara yang menjadi pemerhati itu tersenyum kagum. Awais pula memandang sahaja senyuman wanita dihadapannya itu. Sesungguhnya dia senang melihat senyuman perempuan itu. Kini mata pemilik senyuman itu beralih arah.
          " Awais, how could you be such a sweet gentleman? You didn't do this just to melt my heart kan? Cause, it just melts..." Ujar Zara. Merah muka Awais jadinya. Zara ketawa kecil.

         " Hey, I am just joking Mr. Gentleman!" Zara ketawa kecil. Awais yang setia memandang Zara turut sama ketawa. Masing - masing melemparkan pandangan mereka ke arah bandar metropolitan yang sarat dengan bangunan pencakar langit itu. 

No comments:

Post a Comment