Aisy Awais.
Awais seorang lelaki yang berwibawa, memiliki segala ciri - ciri yang didambakan oleh semua wanita, tiada satu cela pun pada dia. Dia juga seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab dalam apa jua pun tugasnya membuatkan ada yang iri hati.
Nur Zara Alesya.
Zara merupakan pelajar tahun akhir di sebuah universiti tempatan dalam bidang kejuruteraan. Dia merupakan seorang pelajar yang aktif meski begitu dia mempunyai ciri - ciri kewanitaan yang seharusnya ada pada diri setiap wanita.Mulanya dia fikir dia setia pada yang satu tetapi Allah itu pemilik hati, Dia lebih tahu kerana akhirnya dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang pernah dibencinya dahulu.
Azril Hadi.
Anak sulung kepada Dato' Ilyas seorang lelaki yang suka mengejar keseronokan dunia, baginya tiada kamus ' akhirat ' dalam hidupnya. Menghidapi minor mental disorder membuatkan Azril kadang - kadang menjadi baran dan tidak berfikiran waras. Dia yang begitu obses dengan tunangnya, Zara telah menyebabkan dia melakukan perkara - perkara yang tidak masuk dek akal manusia.

No comments:
Post a Comment