Sinaran mentari pagi yang membolosi langsir tingkap
mengejutkan Zara yang tertidur selepas solat subuh tadi. Puas Zara mengeliat
sebelum turun dari katil. Dia juga sempat memeriksa skrin telefon pintarnya,
lampu led telefonnya berkedip –kedip menandakan adanya mesej masuk.
“
Ini mesti Azril” Zara mengeluh panjang. Dia malas sungguh untuk membaca mesej
Azril lalu terus sahaja dia mencapai tuala yang tergantung di almari. Seperti
kebiasaan, Zara akan menilik wajahnya di hadapan cermin sebelum mandi. Diurut –
urut wajahnya yang mulus itu sambil bernyanyi – nyanyi. Entah kenapa, suka
benar dia menyanyi ketika bangun pagi. Baginya, menyanyi pada waktu pagi
merupakan aktiviti yang paling menyeronokkan. Bibirnya berhenti menyanyi sebaik
sahaja ekor matanya terpandang akan kot yang dilipatnya semalam. Ditarik kot
itu perlahan – lahan lalu disarungkan dibadannya.
“ fit juga dia, size M. Hmmm, gila gamaknya aku ni ~” Dia tersenyum sendirian.
“Entah
– entah, suami orang! Nauzubillah!” Zara cepat – cepat menanggalkan kot itu.
TING! Dia merasakan ada sesuatu yang jatuh daripada kot itu.
“
Eh?!” Bunyi macam ada benda jatuh,” Zara cepat – cepat mencari sesuatu yang
terjatuh itu. Puas dia mencari akhirnya dia ternampak ada sebentuk cincin yang
dia pasti bukan miliknya berada di bawah katil. Ditarik cincin itu keluar.
“ Subhanallah, cantiknya cincin ni.
Berlian betul ka?” Zara cuba mengigit cincin itu.
“
Haah, Berlian tulen ni. Masha – Allah!”
Mata Zara tidak berkedip melihat kecantikan cincin tersebut. Sudah menjadi
fitrah wanita untuk mengagumi barang kemas. Zara juga tidak terkecuali. Zara
semakin bingung, kini dia mempunyai dua barang yang perlu dipulangkan.
“ Allahuakhbar! Macam mana nak pulangkan
kot dan cincin berlian ni?” Zara mengaru kepalanya yang tidak gatal itu.
“
Mesti ada sesuatu yang dia letak kat dalam kot ni!” Zara menyeluk setiap poket
kot itu sehingga dia terseluk akan satu poket yang tersembunyi di dalam kot
itu. Sekeping kertas keras, seakan kad berada di tangannya.
“
GoldHeart 1 Utama? Tapi nak buat apa dengan kad ni? Haish, tak ada function.” Zara terus merebahkan
badannya di atas katil sambil dia membelek belek kad itu.
Snap! Dia petik jari. “ Bingo!” Zara meluru ke bilik air sambil
bernyanyi -nyanyi kegirangan.
Laju
sahaja kaki Zara turun dari tangga. Wajahnya yang sudah cantik dioles solekan
itu sudahpun dihiasi dengan senyuman
yang ceria. Terus sahaja dia ke dapur sebaik sahaja bau karipap yang baru
digoreng Puan Kamariah menusuk hidungnya.
“
Assalamualaikum mama, babah, angah gemok!” Seperti kebiasaannya, Zara akan
memberi salam. Terus sahaja dia mencium pipi mama dan babahnya. Itulah perkara
yang dia tidak akan pernah jemu lakukan pada setiap pagi.
“
Hai, cantik sangat adik angah hari ni? Date ka?” Seloroh Zarif yang sudah
memasukkan roti bakar ke dalam mulutnya.
“
Eh, adik kesayangan angah ni, hari – hari cantik tau!” Zara melabuhkan
punggungnya diatas kerusi makan berhadapan abangnya. Laju sahaja tangannya
menjamah karipap yang masih panas itu. Dikunyah karipap itu dengan penuh
nikmat. Sebelah kening Zarif sedikit terangkat. Lain benar gelagat adiknya kali
ini.
“
Ini dah kenapa ni? Cuba cerita dengan angah!” Tanya Zarif yang masih ingin tahu
apa sebab adiknya begitu ceria hari ini.
“
Hari ni, Sya nak pergi cari seseorang. Boleh kira, Sya macam detektif la hari
ni.” Matanya membulat keceriaan. Lagaknya seperti seorang detektif. Dia memang
meminati siri Detektif Conan sejak
dia kecil. Sehinggakan sanggup dia ponteng sekolah semata – mata ingin
menghadap siri ini di televisyen dan dia jugalah yang akan menangis teresak –
esak jikalau abang – abangnya cuba menukar siaran tv.
" Anak babah jadi detektif? Macam seronok bunyinya." Kata
Encik Zaidi. Matanya bersilih ganti memandang helaian surat khabar yang setia
berada di tangannya dan wajah anaknya yang bongsu itu.
“
Amboi, nak cari siapa ni?” Kali ini, sisa – sisa roti bakar dihabiskan. Matanya
pula tertancap memandang wajah satu satunya adik perempuannya itu.
“
Cari pemilik kot mahal ni so I’d better
get going, Assalamualaikum" Zara bingkas bangun dari kerusinya lalu
meluru ke ruang parkir kereta.
" Sya! Makan la dulu mi goreng mama ni sayang." Panggil Puan
Kamariah sambil kepalanya menjengah ke luar parkir kereta.
" Mama sedekahlah bahagian Sya tu ye!" Jerit Sya sambil
memboloskan dirinya ke dalam perut Myvi kesayangannya itu. Sebaik sahaja enjin
dihidupkan, sebelum Zara meluru keluar dari parkir kereta, tersembul wajah
Zarif di hadapan pintu.
" Sya, don't forget our lunch
kat The Curve tau!" Jerit Zarif dengan harapan Zara mendengar apa yang
dia katakan. Zara hanya membalas dengan isyarat OK dari dalam keretanya dan
terus memecut laju ke lebuh raya menuju ke 1 Utama.
Kaki Zara mulai rasa lenguh. 1 Utama bukanlah suatu tempat yang dia
mahir selok beloknya. Sudah beberapa kali dia tersesat di dalam gedung membeli
belah terbesar di Malaysia itu. Sudah banyak kali juga dia bertukar eskalator.
Tengok sahaja tangga bergerak itu pasti dia mengeluh.
" Manalah kedai ni? Ya Allah, permudahkanlah kerja aku. Amin."
Begitulah Zara, dalam setiap apa yang dia lakukan pasti dia tidak lupa untuk
berdoa kepada Ilahi agar segalanya kerjanya dimudahkan. Langkah Zara terhenti
sebaik sahaja dia berhenti di sebuah kedai emas yang mungkin inilah yang dicari
- carinya sejak empat puluh minit tadi. Papan tanda GoldHeart itu tersergam
indah. Zara mengariskan sebuah senyuman.
" Yes miss, may I help you
miss?" Seorang perempuan cina lengkap beruniform hitam datang
menegurnya dengan penuh kemesraan sebaik sahaja Zara masuk ke pintu utama kedai
itu. Uniform yang tersarung dibadannya sungguh mempersonakan.
" Yes, uhm. May I know who
bought this ring?" Zara menghulurkan sebentuk cincin berlian yang amat
cantik dan diserahkan kepada perempuan cina itu.
" Oh, wait a moment ya miss."
Perempuan cina itu mengambil cincin dari tangan Zara dengan penuh berhati hati
lalu dia masuk ke dalam sebuah bilik bersebelehan dengan sebuah rak hiasan yang
sangat besar. Di dalam rak itu, Zara dapat lihat koleksi - koleksi emas yang
sangat memukau. Zara berjalan di sekeliling sambil dia menunggu perempuan cina
itu keluar daripada bilik itu.
"Masya-Allah! Cantiknya..." puji
Zara dengan kehalusan dan ketelitian pembuatan perhiasan - perhiasan itu.
Matanya terpaku akan satu bentuk cincin yang terletak di dalam sebuah kotak
kaca. Cincin yang amat dia idam - idamkan.
" Excuse me miss, I believe
this ring was bought by our regular customer, Muhammad Aisy Awais."
Jelas perempuan cina itu.
" Is there any way I can get
his contact number?"
" Sure miss. I'll look for
his number. Please wait." Perempuan cina itu terus sahaja mencapai
sebuah tetikus.
" Here's his contact number
miss. I think he is waiting for your call as well." Perempuan itu
mengoyakan senyuman lalu diserahkan kertas bertulis nombor telefon jejaka
berkot hitam itu kepada Zara.
" Oh, he is? Thank you."
Balas Zara. Matanya yang tadi memandang perempuan itu kini beralih ke arah
kertas berisi nombor itu.
Lagu akustik She Will Be Loved oleh
Maroon 5 itu memanggil manggil Zara
untuk masuk ke kafe serba moden itu. Langkahnya laju menuju ke sana. Bahang
matahari yang menjengah dia atas ubun - ubunnya itu terasa begitu panas. Sebaik
sahaja badannya berjaya membolosi pintu kafe itu, Zara disapa penuh mesra oleh
pekerja - pekerja disitu lalu dia berlalu kearah satu meja. Zara duduk di sisi
tingkap kafe agar mudah baginya untuk mengecam lelaki pemilik sut hitam itu
nanti. Dia menghela nafas panjang lalu bola matanya silih berganti melihat
kertas dan skrin telefon pintarnya. Telefon pintarnya diangkat ke telinga. Deringan
demi deringan didengar. Degupan jantungnya semakin laju sebaik sahaja bayangan
lelaki itu tiba - tiba menjengah di lubuk mindanya.
" Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Aisy Awais?"
" Waalaikumsalam, ya saya Aisy Awais. Siapa bercakap?" Suara
garau itu seakan akan kedengaran sungguh menyenangkan apatah lagi tersusun
sahaja bahasanya. Zara kagum.
" Saya Zara. Nur Zara Alesya. Saya rasa awaklah pemilik cincin
berlian dan kot Chanel hitam ni kan?" Jelas Zara. Kedengaran tawa dihujung
talian. Tawa itu sungguh mengusik jiwa Zara.
" You called! I am very glad,
cik Zara. " Sengaja dia menekankan perkataan cik, dengan harapan Zara
tidak kalut mengubahnya. " Where
should we meet then?" Tangannya pantas menarik stylus pen daripada Samsung
Note 4 sambil dia mengetuk - ngetuk pen itu pada skrin Samsung note itu
sementara dia menungu jawapan daripada Zara.
" The Coffee Bean and Tea Leaf 1 Utama."
" I'll be right there in 20
minutes. Assalamualaikum"
" Waalaikumusalam." Talian putus namun jantungnya masih tidak
putus - putus berdetak.
" 20 minit? Biar betul. Okay, relax
Zara. Cool okay..." Zara tidak menyangka Awais akan tiba sebegitu cepat.
“
Sebelum dia datang, baik aku siasat dulu siapa Aisy Awais ni? Mana tahu kot –
kot Gangster KL ke? ” Punat On
telefon pintarnya dihidupkan. Laman sesawang Google terpampan dihadapannya. Ditaip nama Aisy Awais pada halaman carian
laman sesawang itu, tidak sampai 3 saat, segala maklumat tentang lelaki itu
terpapar di muka telefon pintarnya.
“
Usahawan termuda di Malaysia yang mengaut keuntungan berbillion ringgit setahun? ” Bukaan mulutnya ketika itu sungguh
mengundang lalat untuk terbang masuk dengan jayanya ke dalam mulutnya, luas
sungguh. Zara makin galak membaca semua maklumat yang terhidang di hadapannya.
“
Biar betul!” Suara Zara mengejutkan beberapa pelanggan di situ. Dia seakan
tidak percaya apa yang dia ketahui akan hal lelaki itu. Zara mula kaget.
Sejujurnya, dia tidak begitu mahir berhadapan dengan sesorang yang berpengaruh
sebegitu.
Sudah ke kiri, ke kanan pula dia. Mula bersilang kaki kini merapat kaki.
Sudah bersandar di kerusi, mula beralih duduk tegak. 'Aish, apesal ni?' Ngomel
Zara sambil mengira minit jam.
Semua mata gadis terpaut kemas akan satu susuk badan bersut hitam kemas
yang berjalan masuk ke kafe itu. Awais melakar senyuman pada gadis - gadis itu
sambil matanya mencari susuk tubuh milik Nur Zara Alesya. Matanya jatuh pada
susuk tubuh berblaus biru muda di sudut meja sebelah tingkap. Perlahan - lahan
langkahnya menuju ke arah Zara.
" Assalamualaikum." Sapa Awais sambil mengoyakkan senyuman
nipis pada Zara.
" Waalaikumusalam." Jawab Zara sebelum dia mengalihkan
pandangannya pada pemberi salam. Buat kali kedua, mata mereka tertaut. Seperti
elektrik yang mengalir merenjat kedua - dua hati teruna dan dara ini. Masing -
masing terpaku. Dada mereka berombak kencang. Suasana menjadi bisu seakan -
akan hanya mereka sahaja yang wujud di dunia ini.
" Izinkan saya duduk cik Zara.
"
" Ohh, ye - ye. Duduk je." Zara
cepat cepat menundukkan pandagannya.
" Yes Sir, may I take your
order?" Tanya pelayan itu kepada Awais sebaik sahaja dia melabuhkan
punggungnya di atas kerusi kayu empuk itu.
" Give me your blackest
coffee please." Awais dan kopi sudah tidak dapat dipisahkan. Kopi
pekat menjadi kelazimannya pada waktu - waktu begini.
"How about you?"
" Errr...Umpphh....
Hmmm...." Dagunya diangkat sedikit. Bibirnya dimuncungkan. Sudah menjadi
kebiasaan buat Zara untuk berfikir - fikir lama sebelum dia membuat keputusan
lebih - lebih lagi apabila disuruh memilih makanan dan minuman. Berkali kali
juga dia membelek belek menu dihadapannya.
" Ya Allah, apakah aku sedang
bermimpi? Mohon bukan. Sabar Awais, chill man! Jangan gelabah sangat! Okay-okay chill!" Getus hati Awais.
Sungguh tidak dinafikan, hatinya kini bergetar. Aneh. Sudah lama dia tidak
merasakan perasaan yang luar biasa seperti ini. Sungguh lama sejak kematian
arwah Adwina.
" Air kosong ya!" Pesan
Zara sambil mengukirkan senyuman pada pelayan itu. Kedengaran tawa Awais di
gegendang telinga Zara.
" Kenapa?" Zara memandang
lelaki itu dengan hairan.
" Dalam menu, ada air kosong special ke?" Kata - kata Awais
terus sahaja membuatkan pipi Zara kemerah - merahan. Zara mengetap bibirnya. '
Eh, kenakan aku?' Getus hati Zara.
" Cantik sangat blusher awak pakai. Merah!" Tegur
Awais sebaik sahaja dia perasan akan pipi Zara yang mula memerah. Zara terus
tertunduk malu. Awais ketawa kecil.
" Ehem! Jaga - jaga, nampak nak
terjatuh tu biji mata awak." Gurau Zara tatkala dia diperhatikan sebegitu.
Awais ketawa lagi.
Awais mengeluarkan Samsung Notenya
lalu dia menunjukkan skirn notenya kepada Zara.
" Ini nombor telefon awak,
bukan?" Tanya Awais sambil menghalakan skrin notenya pada Zara. Lantas
Zara mengangguk perlahan - perlahan.
Awais kembali kepada notenya. Jari
- jarinya ligat menulis sesuatu.
" Save!" Awais melebarkan senyumannya lalu dia halakan sekali
lagi skrin notenya kearah Zara.
" Jelita?" Pergerakan
matanya laju beralih pada Awais.
" I
think the word cantik, comel, beau, is too common for you. Jelita is absolutely
suits you." Awais mengenyitkan matanya. Bulat mata Zara dibuatnya.
Sungguh memikat kata - katanya. Zara
cuba berlagak setenang mungkin walhal dia tahu jantungnya tika itu sudah
berdetak kencang.
" You think you can bait me with your sweet
words? " Tanya Zara. Tidak mahu dia jatuh tersungkur akan lelaki
seperti ini. Hairan Zara tatkala Awais pula yang menghambur tawa.
“ I’m not baiting anyone. Sometimes,
they just making themselves a victim. Unconciously!” Kata Awais panjang
lebar.
“ Wah- wah! Hebat sungguh
ayat dia~!” Bisik Zara. Pandangan Zara berubah jelek.
“ Jangan cakap awak
tengah fikir saya ni playboy…” Kata
Awais sambil dia menghirup air kopi di hadapannya. Zara cepat – cepat
mengalihkan matanya yang tadinya memandang tepat padanya.
“ I’m not judging you… It just…”
“ What? Too obvious?”
“ Haah.”
“ Haha. Well, you watch too
much movies la Miss Zara.” Awais senyum lagi.
“ Saya tak suka tengok movie.
Buang masa.”
“ Oh ye ke? Bila ya, tarikh keluar cerita Captain America : The White flag?”
“ Cerita tu? Haa… nanti…” Awais mengangkat keningnya.
“ Uhuk!” Zara terbatuk – batuk apabila dia menyedari
ketelanjurannya. “Oh, man! Screwed!”
Bisik hati Zara. Ditarik tisu lalu dilap bibirnya.
“ Ehem! Except for Marvel
movies.”
“ Hahaha. You don’t usually
lying aren’t you?” Zara hanya diam. Matanya dihalakan pada Awais. Dari matanya seakan – akan dia
bertanya bagaimana Awais tahu banyak perkara walaupun dia hanya berjumpa untuk
beberapa ketika.
“ The way you look at
something tells me more than you know yourself.” Awais masih lagi dengan
senyumannya. Zara sekali lagi kaku.
“ Trying to look like who
now, Mr. Awais?” Zara mula tidak selesa.
“ Myself.” Awais
merenung mata Zara. Zara diam. Entah mengapa dia merasakan Awais benar – benar
menjadi dirinya sendiri. Tiada lakonan.
" Ehem! Nah." Zara menghulurkan sebentuk cincin berlian dan
kot kepada Awais.
" Terima kasih." Jawab Awais sebelum memasukkan cincin itu ke
dalam poketnya. Kotnya itu digantung di sisi kepala kerusi lalu matanya kembali
kepada Zara.
" Janganlah letak dalam poket, nanti hilang lagi." Pesan Zara.
Lagaknya seperti mengarah seorang anak yang seperti tidak tahu apa yang akan
terjadi dengan kecuaiannya. Awais mengecilkan matanya kehairanan. Dia mengukir
senyuman.
" Awak nak ke cincin tu?" Awais mengangkat cawan berisi kopi
pekat itu ke bibirnya sambil dia mengoyakkan senyumannya. Diminum perlahan lahan sambil dia menunggu
riaksi Zara. Zara berkerut dahi. Dia seperti tertanya tanya tetapi soalannya
tidak terluah. Soalan Awais pula dibiarkan tergantung.
Zara menarik nafas dalam dalam. Dia
geram. Entah kenapa dia geram akan perlakuan Awais dan dia sendiri geram dengan
hatinya yang tidak sedikit pun berhenti berdetak kencang. Malah otaknya tidak
putus - putus memuji rupa paras dan gaya penuh kelakian Awais yang ternampak di
bola matanya.
" Biar saya terus terang Encik Aisy Awais, saya datang ke sini
hanya untuk pulangkan kot dan cincin awak tapi bukan untuk apa yang saya rasa
sekarang... Dan awak! Awak buat saya... buat saya..." Tiba - tiba dia
berhenti, tidak dapat menghabiskan kata - katanya. Tangkal jantungnya seakan
mahu tercabut ataupun memang sudah tercabut. Gementar dan dia sendiri tidak
sedar akan tindakannya.
" Saya buat awak...?" Tanya Awais. Ingin benar dia mendengar
sambungan kata - kata Zara. Adakah ia bakal mengembirakan dia atau tidak. Awais
pandang sahaja wajah manis di hadapannya.
" I am totally going nuts if
I stay here for any longer." Perlahan sahaja kata - kata Zara tetapi
masih didengari Awais walaupun tidak jeles butirnya. Zara perlahan - perlahan
mengangkat punggungnya daripada kerusi. Awais juga bangun membontoti Zara.
" Tapi at least,
pulangkan kot saya dalam keadaan bersih." Kata Awais. Zara berpaling ke
belakang, kelihatan Awais sudah sedia menunggu Zara mengambil semula kotnya
untuk dicuci.
" Kenapa saya perlu cuci? Saya cuma
pulangkan kot awak." Kata - kata Zara membuatkan Awais ketawa kecil. Awais
berjalan ke arah Zara. Zara sedikit ke belakang sebaik sahaja dia merasakan
jarak dia antara Awais semakin dekat. ' Haa, sudah! Dah apasal aku rasa macam scene dalam drama je. Seram sejuk
rasanya!" Getus hati Zara. Ditahan nafasnya sambil kakinya sedikit ke
belakang.
" Ada bau awak masalahnya..." Perlahan sahaja seakan berbisik.
Awais menghulurkan semula kotnya itu kepada Zara. "Tuuu diaa, malu dah dia. Olololo!" Jikalau Zara boleh membaca
fikirannya tika itu pasti dia dihadiakan satu tumbukan padu di mata kanannya.
Badan Awais kembali tegak.
" Bau saya, impossible!
Saya-" Zara menarik kot itu lalu dibawa ke lubang hidungnya. Ya! Ada bau.
Bau perfume Zara yang sudah bercampur
bau Dunkin Donuts yang dibawanya
pulang dari Mid Valley semalam.
" Nanti awak basuh, hilanglah bau tu." Zara protes. Dia tidak
mahu berjumpa dengan lelaki itu lagi.
" Good idea, but I don't
think I gonna be washing this coat since it has your smell. I'll take it as a
great memory of us." Awais mengambil semula kot itu dari tangan Zara
lalu dia berjalan bertentangan arah dengan kedudukan badan Zara. Jalannya
perlahan. Tidak putus putus dia berdoa agar Zara memanggilnya semula. "
Harap teknik dalam filem ni menjadi" Bisik Awais sambil memperlahankan
langkahnya.
Sudah dua puluh langkah tapi
masih tiada panggilan daripada Zara. Awais tertunduk sambil dia mendengus
perlahan.
" Encik Awais!" Panggil Zara dari jauh. Awais tersenyum lebar
lalu dia berpaling tanda dia dengar akan namanya dipanggil. Terlihat Zara
berlari - lari anak ke arahnya.
" Saya basuh... Saya basuh." Kata Zara tercungap - cungap. Tangannya
dihulur. Kot Awais sudah bertukar tangan namun Zara masih semput.
" You should exercise more.
Lepas basuh, don't hesitate to call me
ya!" Pesan Awais sambil matanya menari nari memandang Zara dari atas
ke bawah. Sengaja dia mahu lihat berang Zara. Comel baginya barangkali.
" Boleh tahan sengal..." Kata Zara sebelum dia melangkah
pergi.
Zara sudah mulai tidak selesa.
Bola matanya sentiasa ke arah kiri. Dia memeluk badannya lalu dipercepatkan
langkahnya. Sejak dari kafe sehinggalah dia menuju ke parking lot 1Utama.
" Stop following me Encik
Awais!" Kata Zara sebaik sahaja Awais ikut masuk ke dalam lif. Beberapa
orang yang turut berada di dalam lif itu terkejut terdengar akan herdikan Zara.
Awais terkejut namun dia tetap berwajah tenang lalu dia mengelengkan kepalanya.
" I parked my car here
cik Zara." Perlahan sahaja dia memberitahu Zara. Pipi Zara merona merah.
Terbit rasa bersalah terhadap Awais. Mana tidaknya, dia baru sahaja memalukan
Awais dihadapan orang ramai. Lif itu dirasakan perlahan.
" Astagfirullahala'zim. Apa yang kau buat ni Zara? Tak ke malu
dia?" Matanya dipejam rapat. Hatinya sedikit tenang.
Melilau mata Zara mencari
kelibat Zarif. Tersenyum lebar dia melihat susuk tubuh yang amat dikenalinya
dari jauh. Tertanya - tanya juga dia siapakah gerangan lelaki berkemeja putih
duduk dihadapan Zarif itu.
" Sya! Sini - sini!" Panggil Zarif dari jauh sebaik sahaja dia
melihat Zara sedang menuju ke arahnnya. Lelaki yang duduk dihadapannya
memalingkan kepalanya. Besar mata Zara melihatnya.
" Awak?!" Kata Zara sedikit menjerit. Zarif hanya senyum.
" Eh, dah kenal? Haa, senang la kerja macam ni." Kata Zarif
spontan. Matanya silih berganti melihat Awais dan adiknya, Zara.
" Apa awak buat kat sini? Dengan Zarif." Jari telunjuknya
dihalakan ke arah Zarif lalu beralih ke arah Awais.
" Sya sayang, duduklah dulu." Tangan Zarif menepuk - nepuk
permukaan kerusi beralaskan kulit itu tanda mengajak Zara melabuhkan
punggungnya disitu. Zara akur. Zara memandang Zarif. Dia pinta sedikit
penjelasan.
" Ini kawan abang waktu di Manchester dulu. Awais namanya a.k.a.
Aduhh!" Zarif mengaduh sambil tangannya mengosok - gosok pangkal betisnya.
Bisa juga tendangan Awais. Zara mengherot senyum. Matanya galak memandang Awais
yang tampak risau jikalau nama panggilannya sewaktu di pusat Asasi dahulu
ketahuan.
" Rasanya tak penting pun apa yang kau nak cakap tu Matbot! "
Matanya dijungkil ke arah Zarif yang sudah menahan tawa. Zara mengeleng kepala.
" Awais, meet my litle kucing busyuk! N-"
" Nur Zara Alesya. " Awais menyambung sambil dia mengacau -
ngacau ais di dalam gelasnya. Dipandangnya Zara lalu dia tersenyum riang.
Kening Zarif mengerut tidak faham.
" Sebenarnya, ini la orang yang Sya langgar semalam. Sya tak tahu
pulak dia ni kawan abang. Jangan nak fikir pelik - pelik. Zara baru je kenal
kawan abang ni. " Terang Zara panjang lebar. Matanya malu - malu sahaja
mahu memandang wajah tampan Awais. Takut perasaannya jadi bukan - bukan lagi.
" Senang la kerja angah macam ni. Macam ni, ada hajat. Sebenarnya
saya, Zarif Asyraf memanggil kalian semua ke sini tapi..... " Zarif mula
membuka hajatnya. Suaranya kedengaran serius. Zara dan Awais tekun mendengar.
" Tapi... Moh le kita makan dulu ya! " Zarif tersengih
sumbing. Zara dan Awais melopong, menghambur tawa.
" Ish, angah ni! Tak suka tau! " Zara mencebik bibir. Geram.
Rasa berganda - ganda diusik hari ini sahaja.
" Seronok usik adik kau ni, bot! " Kata Awais sambil menahan
tawa. Matanya sejak tadi, tidak lepas memandang wajah cantik Zara. Zara
menjeling.
" Seronok la ya! Allah tak suka tau sakitkan hati sesama saudara.
" Bidas Zara lalu dia mengangkat pungungnya lalu membawa langkahnya ke
tandas.
Awais memerhati sahaja dari jauh. Dia
cukup tertarik dengan Nur Zara Alesya. Entah apa yang ada pada Zara dia pun
pening memikirkannya. Zarif pula hanya memandang gelagat dua adam dan hawa ini.
Hatinya sedikit senang.
No comments:
Post a Comment