Cuti semester sudah pun bermula. Ruang legar fakulti
lengang, sudah ramai pelajar pulang ke kampung. Zara dan Nadhirah sudah tidak
sabar menyiapkan kertas kerja mereka yang masih tertunggak. Hati mereka sudah
sangat merindukan keluarga di kampung.
“
Zara, Alhamdulillah, dah nak siaplah kertas kerja kita!” Girang Nadhirah sambil
mengemas kertas-kertas yang berselerakan di atas meja. Memegang suatu jawatan
dalam fakulti bukanlah tugas yang mudah. Mereka harus cekap dalam semua kerja
yang diberikan tambahan lagi dengan tugasan-tugasan yang diberikan oleh
pensyarah.
“
Aku pun tak sabar nak balik ni, Nad. Rindunya pada babah dan mama.” Kata Zara
kegirangan.
Sudah
lama dia tidak pulang ke rumahnya sejak akhir-akhir ini memandangkan terlalu
banyak kerja yang perlu diselesaikan di universiti. Kebiasaannya, dia juga akan
pulang ke rumah pada hujung minggu. Melaka dan Kuala Lumpur tidaklah jauh mana.
Dua jam setengah sahaja perjalanannya. Malam itu Zara tekad bertolak pulang
bersama Nadhirah. Mereka berdua sentiasa bersama-sama, bagai belangkas.
Mujurlah Nadhirah itu orang Selangor juga. Barang-barang sudah diletakkan di
dalam kereta Myvi milik Zara.
“
Kenapalah aku ni perempuan? Banyak betul barang-barang aku ni.” Zara mengomel
manja. Nadhirah hanya menjugkilkan mata.
“
Aish, kau ni! Menyalahkan takdir tuhan nampak! Tapi kalau aku perempuan, aku
teman wanitanya, dan kau pulak teman lelaki aku! Comel!” Nadhirah mula membuat
muka ‘gwiyomi’nya.
“
Astaghfirullahal’azim.” Zara meraup wajahnya takut. Mereka berdua tergelak
kecil. Terserlah sungguh keakraban mereka berdua. Tanpa Nadhirah, pasti Zara
keseorangan di universiti.
Zara tekun memandu. Sesekali terdengar gelak tawa
rakan baiknya di sebelahnya.
“
Bergayut dengan Nazim la tu. Bahagianya mereka.” Getus Hati Zara sambil tersenyum
kelat. Matanya tertumpu pada jalan raya tetapi fikirannya merewang entah ke
mana.
“Mengapa
Azril berubah begitu drastik? Dahulu, dia juga yang sanggup gapaikan bulan
untuk dihadiahkan kepadaku, bukan main bersungguh-sungguh mahukan aku.
Sehinggakan apabila aku mencabar dia untuk datang berjumpa babah dan mama, dia
terus sahaja datang tanpa memberitahu aku terlebih dahulu. Benarlah, kata orang
tua-tua, panas tidak sampai ke petang, gerimis menerpa”.
Zara terus bermonolong. Tiba-tiba terbit rasa kekesalan
dalam hatinya. Jikalau dia tidak jatuh cinta kepada Azril, jejaka tampan
kegilaan ramai dulu, jikalau dia tahu perangai Azril tidak seperti yang dia
sangka, jikalau dia tahu Azril mempunyai begitu ramai kawan perempuan pasti dia
tidak akan pernah mendekati lelaki itu. Zara melepaskan keluhan berat.
Puan
Kamariah terkocoh-kocoh bangun daripada kerusi sebaik sahaja dia mendengar
enjin kereta Zara di luar rumah. Encik Zaidi hanya mampu mengeleng kepalanya
sahaja melihat gelagat isterinya yang sudah tidak sabar bertemu anak perempuan
tunggalnya itu. Terdengar suara riuh rendah dua perempuan kesayangannya di luar
rumah. Terukir senyuman di bibir Encik Zaidi. Dia sungguh bersyukur dikurniakan
sebuah keluarga yang begitu bahagia. Dia juga bangga dengan dirinya kerana
telah membesarkan tiga orang anaknya dengan sempurna sekali berkat usaha dia
dan isterinya. Sebaik sahaja Zara dan isterinya melangkah masuk, dia
melemparkan senyuman yang manis kepada
dua orang puteri hatinya itu.
“
Anak babah dah sampai ya?”
“
Assalamualaikum babah! Sampai hati babah tak jemput pun Zara kat luar tadi ya?”
Dia berlari anak-anak ke arah babahnya. Rindu sungguh dia dengan babahnya.
Disalami kedua-dua belah tangan babahnya.
“
Waalaikumusalam sayang, ololo, merajuk ya sayang. Mama kamu tu, dengar sahaja
enjin kereta kamu, terkocoh-kocoh dia bangun keluar. Rindu sangat dengan kamu
tu!” Jawab babah sambil ketawa dengan lagat isterinya tadi.
“
Mana saya tak rindu puteri kesayangan saya ni abang, dah lama dia tak balik
jenguk kita.” Puan Kamariah melabuhkan punggungnya bersebelahan Zara. Kepala
Zara diusap dengan penuh kasih sayang.
“
Ala, babah, mama, maaflah, Zara betul-betul sibuk. Maklumlah dekat universiti
tu banyak sangat kerjanya.” Terang Zara sambil melentokkan kepalanya dibahu
mamanya.
“
Tengoklah abang, ini baru di universiti, nanti kerja, agak-agaknya nak mandi
pun boleh lupa ni!” Kata Puan Kamariah sambil mencuit hidung Zara yang mancung
itu. Dia tergelak kecil.
“
Babah tahu, anak babah ni memang kerja kuat orangnya tapi jangan sampai lupa
diri sendiri juga ya. Oh ya, Azril sudah tahu kamu sudah sampai ke rumah? Lama
babah tidak dengar cerita pesal dia. Bagaimana dia di Perlis sekarang?” Soal
Encik Zaidi.
Zara sudah mengagak. Pasti akhirnya mereka akan
melontarkan soalan kepadanya mengenai Azril.
“
Dia baik-baik sahaja babah, Alhamdulillah. Babah, mama, Zara naik dahulu ya?
Mahu mandi, dari tadi petang Zara belum mandi ni? Minta diri dulu ya, babah
mama?” Zara melangkah lemah ke arah tangga. Nasib baik mama dan babah tidak
bertanya lebih-lebih pada dirinya, kerana dia juga tidak pasti bagaimana
kondisi Azril di Perlis.
Zara
merenung siling rumahnya kosong. Dia bingung, bingung dipermainkan sedemikian
rupa. Tangkal hatinya sudah mahu tercabut. Sanggup seorang lelaki sekejam itu.
“
Zara, bodohnya kau! Lelaki macam itu kau nak buat suami?” Bentak hatinya. Dia
memalingkan badannya ke kiri lalu ke kanan. Matanya dipejam rapat.
“
Zara, kau tak boleh berdiam diri sahaja macam ni! Buat sesuatu!” Bisik hati
kecilnya lalu tanpa berlengah dicapainnya telefon pintarnya. Dia duduk bersila
di atas katil.
“
Baiklah, wahai Azril Hadi, Nur Zara Alesya takkan berdiam diri lagi.” Laju
jarinya mendail nombor telefon lelaki itu. Dia menarik nafas panjang sebelum
menekan punat hijau. Telefon berdering, Zara semakin tidak senang duduk.
“
Ye, awak? Ada apa lagi?” Soal Azril. Belum sempat Zara memberi salam. Azril
seperti tidak mengalu-alukan panggilan telefon daripada Zara. Zara menghela
nafas panjang.
“
Assalamualaikum Azril… Saya telefon bukan nak buat masalah dengan awak, saya mahu
berbincang sahaja.” Terang Zara, takut-takut dimarahi Azril.
“
Mahu bincang apa? Kita sudah bincang perkara ni, awak risau sangat kenapa?”
Tegas Azril seolah-olah dia menyalahkan Zara. Azril sememangnya orangnya
begitu, keras hati.
“
Kita putuskan sahaja pertunangan kita ni Azril. Hal kita ni macam tak ada
hujung titik noktahnya. Zara rasa tergantung, Zara terseksa Azril. Azril pun
tak pernah peduli pesal Zara, Zara dah puas tahan Azril, tahan dengan kerenah
Azril yang tak pernah sudah! Azril, lepaskanlah Zara, Zara mahu hidup lebih
bahagia daripada ini.” Terang Zara tanpa dia menyembunyikan lagi tangisannya.
Hatinya
luka, luka dalam. Dia sudah lama bersabar dengan perangai Azril yang langsung
tidak dapat dikawalnya itu. Azril terlalu bersifat terbuka. Dia sudah terlalu
biasa dengan kehidupannya yang lama. Azril pernah memberitahu Zara, dia itu
sudah lali dengan kehidupan bandar. Kehidupan di mana dunianya tiada batasan.
Dunia yang penuh kenikmatan duniawi.
Azril
terdiam, dia kaku. Dia tidak pernah sangka Zara akan bertindak sedemikian rupa,
tekad melepaskannya. “ A-a-apa awak cakap? Saya tak faham?” Azril cuba mencari
kepastian. “ Ah, tidak mungkin, tidak mungkin Zara akan melepaskan aku!” Getus
hati Azril.
Dia terlalu yakin.
Zara
menghembus nafas berat. “ Ya, Azril. Kita putuskan sahaja pertunangan kita ya?”
Tenang sahaja Zara menuturkan kata-katanya. Zara menyeka air matanya yang dari
tadi asyik tumpah sahaja.
“
Tapi kenapa? No! I will never let you go
Zara! You’re already mine since the day we met! Balik dari Perlis, saya
akan datang jumpa awak, faham!” Sebaik sahaja dia menghabiskan ayatnya, dia
mematikan telefonnya. Zara melepaskan tangisannya. Haruskan dia diperlakukan
sebegitu? Kejamnya kamu Azril Hadi.
“No! No! No! Who does she think she is? I
will never let you go, Nur Zara Alesya! No one can take you from me! Not
even your father!” Azril dari tadi asyik mundar mandir sahaja. Dia takut, dia
takut apa yang dikatakan Zara sebentar tadi benar. Dia tidak mahu kehilangan
gadis itu. Gadis itu terlalu sempurna. “ Mana lagi aku nak cari perempuan
sebaik dia? Perempuan-perempuan yang aku kenal pun semua tidak pernah mahu
menjaga hati aku, semuanya hati kering. Tidak mungkin, aku mahu ambil mereka
jadi isteriku. Terlalu plastik! Zara, tolong jangan tinggalkan Azril.
Tolonglah.” Kepalanya pening dek memikirkan apa yang bakal terjadi dengan
pertunangannya itu. Diramas-ramas lembut ubun-ubunnya. Bunyi pesanan teks
ringkas masuk ke telefon pintarnya. Pesanan ringkas daripada Adela itu dibacanya
laju.
Hi
baby manja! I dekat luar ni, mkn steamboat dgn my friends.
Come
n join me with the rest and have fun!
I
dah lama sgt nak kenalkan you dgn dieorang.
Ada
ke dieorang ckp you dah engaged! Nonsense! LOL
Laju
jari-jarinya menekan skirn telefon bimbitnya. Dilepaskan telefon bimbitnya di
sisi meja. Rimas. Itu sahaja yang bersarang di dalam hatinya sekarang.
Well,
good then. I don’t have 2 explain it anymore.
I’m
already engaged. Been over 4 years now so
Plez,
don’t ever contact me anymore. Gud bye!
Selesai.
Tidak sampai lima minit, bertubi-tubi panggilan diterimanya daripada Adela
dibiarkan begitu sahaja. Mudah sahaja dia melepaskan seorang gadis tetapi tentu
sahaja dia tidak akan semudah itu untuk melepaskan Zara. Dia harus bertindak
cepat untuk menyakinkan Zara. Sebaik sahaja tamat peperiksaan sem 7, dia akan
cepat-cepat kembali ke Kuala Lumpur untuk ke rumah Zara. Isi dompetnya dibuka.
Ditarik sekeping gambar passport daripada dompetnya. Ditatap gambar itu dengan
penuh rindu dan kasih. Terbit segaris senyuman dibibirnya. “ Nur Zara Alesya,
bakal isteriku, bakal ibu kepada anak-anakku”
Sudah seminggu berlalu, Zara tekun duduk dihadapan
komputer ribanya. Menyiapkan cebisan kerja yang masih ada. Air milo yang
diminumnya tadi sudah lama kosong, dia berniat ingin membancuhnya lagi lalu dia
bergegas turun daripada biliknya ke dapur. Terkejut dia melihat kelibat seorang
lelaki yang dirasakan amat dikenalinya. “ Tidak mungkin, dia mahu ke sini,
tidak malukah dia?” Soal Zara. Dia cuba mendapat kepastian lalu dia menghampiri
ruang tamu yang sedikit terlindung daripada tangga rumahnya. Melopong dia
apabila melihat Azril sedang berbual mesra dengan mamanya di ruang tamu.
Cepat-cepat dia menarik mukanya daripada situ, takut-takut ternampak oleh Azril
akan dia yang tidak bertudung itu.
“
Haa… itupun si Zara. Zara ini Azril datang jenguk kamu, sayang! Cepat pakai
tudung tu, dia dah lama sangat menunggu kamu ni.” Jerit Puan Kamariah gembira.
Dia sungguh gembira dapat bertemu dengan pemuda tampan itu. Dia juga sangat
suka kalau Azril itu jadi bakal menantunya. Awal-awal lagi dia sangat berkenan
akan Azril. Sangat menghormati orang tua.
“
Eh, unty, tak perlulah kelam kabut.
Azril tunggu sahaja Zara turun, lagipun Azril tak ada niat mahu kemana-mana pun
selepas ini. Azril memang mahu jumpa unty sekeluarga sahaja.” Tutur Azril
lembut, bibirnya tidak lekang dek senyuman.
“
Iyelah tu, mahu jumpa unty dengan uncle ka, mahu jumpa Zara! Rindu dihati
tak baik sorok-sorok.” Usik Puan Kamariah sambil ketawa kecil. Merah padam
Azril dibuatnya. Dia hanya tersenyum riang mendengar usikan Puan Kamariah.
Tidak lama dia berbual dengan Puan Kamariah, Zara turun ke ruang tamu dengan
mengenakan blous labuh dibadannya. Tudung warna merah jambu itu sesuai benar
dengan warna kulitnya yang sowo matang itu. Terbit rasa kagum di hati Azril,
sungguh cantik.
“
Haa… Kamu dah turun ni, mama mahu ke dapurlah ya, kamu berdua berbual-buallah…”
Kata Puan Kamariah sambil bangun daripada kerusi. Dia terus sahaja
menghilangkan diri ke dapur.
Suasana
di ruang tamu itu sungguh tenang dengan gubahan bunga segar di atas meja yang
pasti akan mencuri perhatian sesiapa sahaja yang bertandang ke rumah itu.
Hiasan dalaman rumah itu sepenuhnya diilhamkan oleh Puan Kamariah yang amat
mengemari gaya inggeris. Wajah Zara yang tenang itu direnung Azril.
“
Awak sihat, Zara?” Tanya Azril.
“
Alhamdulillah sihat, awak sihat?” Soal Zara pula. Dia amat mengambil berat akan
lelaki itu. Tetapi sayang, lelaki itu buta menilai. Siapa berlian, siapa batu.
“
Lepas saya tengok awak, rasa sihat sangat!” Azril menguntum senyuman. Gembira
sungguh dia. Zara mengetap bibirnya, tidak puas hati.
“
Awak mempermainkan saya, ya?”
“
Janganlah macam ni, saya rindukan awak, Zara.” Pujuk Azril. Zara diam membatu.
“
Memang dasar lelaki lidah manis!” Getus hati kecil Zara.
“
Az-.” Belum sempat Zara menghabiskan ayatnya, Azril sudah memotong sambil
jarinya dilekapkan pada bibir Zara.
“
Syhhh~ you don’t have to say a word,
sayang. Forgive me and you have my words. Okay?” Pujuk Azril
bersungguh-sungguh. Zara tergaman.
“
A-Awak! Hormatlah saya, saya belum menjadi yang halal buat awak.” Marah Zara.
Pipinya sudah terasa bahangnya. Dia cepat-cepat menghirup teh yang ada di
hadapan matanya. Azril senyum meleret.
“ I know, you always flushed when I touch you.”
Dia mengenyitkan mata pada Zara. Zara semakin malu.
“
Mudah benar pujuk kamu! Hahaha, lepas ni, tahulah aku nak buat apa.” Mata Azril
meliar menatap badan Zara. Sungguh sempurna.
Sepanjang
cuti sem mereka yang panjang itu. Azril tidak putus-putus cuba memancing hati
Zara kembali. Dia sanggup bangun awal pagi semata-mata mahu menghantar Zara dan
Puan Kamariah ke pasar. Dia juga sanggup melangkah ke dapur indah milik Puan
Kamariah untuk masak bersama-sama Zara dan Puan Kamariah. Alasannya, dia ingin
benar belajar memasak. Tidak cukup memasak, dia juga sanggup bermain tanah
dengan Puan Kamariah di halaman rumah. Dia yang tidak pernah suka dengan
tanam-tanaman mengagahkan diri juga menolong Puan Kamariah menghias lamannya
yang besar itu. Dia lega melihat ada sinar harapan baginya dengan senyuman Zara
berikan kepadanya.
“
Ya Allah, lelaki ini benar-benar mencairkan hati aku. Benarkah dia sudah
berubah?” Getus hati Zara. Dia tersenyum riang melihat gelagat Azril dan
mamanya di halaman rumah.
“
Mama, juadah petang dah siap. Marilah duduk mama.” Jemput Zara. Dia menyediakan
sedikit karipap buatannya dan kopi untuk dijamah Puan Kamariah dan Azril.
“
Eh, kamu ni, tak diajak Azril sekali ke? Tak baik, buat tetamu kita macam itu,
sayang.” Kata Puan Kamariah kepada anak kesayangannya itu. Azril mengikut Puan
Kamariah dari belakang ke arah pagoda yang tersergam indah di halaman rumah
itu.
“
Je-jemput makan, awak.” Kata Zara malu-malu lalu dihulurkan secawan kopi kepada
Azril.
“
Ya Allah, rindunya saya dengan karipap awak ni, Zara! Sedap sangat.” Puji Azril
sambil memandang Zara.
“
Nanti tak lama lagi, kamu tak payah datang jauh-jauh lagi semata-mata nak jumpa
karipap special Zara ni, Azril. ”
Spontan Puan Kamariah berbicara. Tangannya laju menjamah karipap yang masih
lagi panas itu.
“ Yes! Mission Accomplished!” Jerit hati
Azril. Ada segaris senyuman puas dibibir Azril. Dia pasti Zara sudah tidak
ragu-ragu lagi dengannya. Dia sudah menang.
No comments:
Post a Comment