Sunday, 3 May 2015

BAB 3

Jam ditangan kiri Zara itu diangkat sedikit. “ Sudah pukul 3.30 petang ni. Mana Azril, tak nampak pun? Telefon pon tak berjawab, kenapa ya?” Zara sudah tidak senang duduk. Katanya Azril mahu datang pukul 2.00 petang tapi kelibatnya masih belum muncul dari tadi. Sudah hampir empat gelas air Zara habiskan. Dia sudah tidak sabar lagi, lebih-lebih lagi dia berasa tidak sedap hati dengan kelewatan Azril kali ini. Sedang dia berjalan-jalan kearah parkir kereta, dia terlihat kelibat Azril di dalam sebuah kereta yang asing baginya. Zara cuba mendekati kereta itu.
           
            “Astaghfirullahal’azim!” Zara menekan lembut dadanya.
             Matanya membuntang melihat Azril sedang hangat bercumbuan dengan seorang gadis yang tidak dikenalinya. Kehadirannya langsung tidak disedari Azril. Lagak Azril seperti singa buas, dia seakan tidak peduli jika ada yang memandang perbuatannya. Menitis air mata Zara melihat gelagat merpati dua sejoli itu. Zara melangkah pergi dari situ sebelum dia melakukan apa – apa perkara yang tidak masuk dek akal, namun mahu sahaja dia menghadiahkan satu tamparan di pipi mulus jejaka itu tetapi dia bukan seorang yang bertindak melulu.    
           
            Sepanjang perjalanan, Zara menahan sebak didadanya. Dia sudah tidak dapat berfikir apa – apa. Hatinya sudah membengkak, mindanya kosong. Azril masih tidak serik. Azril masih dengan perangai lamanya. Azril sudah benar – benar mempermainkan dirinya. Matanya sudah merah, menanti cecair putih keluar dari tubir anak matanya. Lagu “Growl” dari EXO berkali – kali bergema pinta diangkat tetapi diendahkannya. Dipandang sekilas pada skrin telefon bimbitnya.

‘Azril – 15 misscalls’
‘Azril – Incoming calls’

            BANG! Bunyi yang sangat kuat kedengaran di sepanjang lebuhraya Guthrie itu. Nasib Zara malang sekali kerana keretanya baru sahaja melanggar sebuah kereta Audi putih. Kepala Zara terhantuk pada stereng kereta.
            “Innalillahi wa inna ila hirajiun” Tanpa mempedulikan rasa sakit pada dahinya, cepat – cepat Zara menekan butang kecemasan.
             “ Ya Allah, apa aku nak buat ni? Permudahkanlah segala – galanya.” Zara mengetap bibirnya sebaik sahaja dia melihat seorang lelaki keluar daripada kereta Audi putih itu. Lelaki yang segak bersut hitam dan berkaca mata hitam itu berjalan perlahan – perlahan menuju ke arah keretanya. Daripada pandangan pertama Zara, lelaki itu tampak bergaya dan yang pasti bukan sebarangan orang.
            “ Haa, sudah! Rabak aku bulan ni.” Zara bermonolog sendirian. Belum sempat lelaki itu mendekati keretanya, Zara sudah melangkah keluar daripada perut kereta.

            Trafik lebuhraya Guthrie tiba – tiba sahaja sesak dek angkara Zara yang terlanggar kereta Audi putih itu. Kelaziman rakyat Malaysia untuk memperlahankan kereta mereka sebaik sahaja berlaku kemalangan di atas jalan raya. Lagak mereka mengalahkan ejen CSI.
            “ Cik, okay ke?” Itulah soalan yang pertama keluar daripada bibir lelaki tinggi lampai itu sebaik sahaja Zara keluar daripada keretanya. Zara tersekima. “Eh, rare ni!” Bisik hati Zara. Lelaki itu membuka cermin mata hitamnya sebaik sahaja Zara mengangkat mukanya.
            “ Alhamdulillah, saya okay sahaja.” Zara cuba berlagak tenang walhal jantungnya sudah mengalahkan enjin kuasa kuda sebaik sahaja dia menatap wajah tampan lelaki tinggi lampai itu.          
            “ Subhanallah! Indah sungguh ciptaan- Mu.” Bisik Awais sambil memuji – muji kecantikan Zara. Sempurna sungguh ciptaan tuhan, satu pun tiada cacat celanya.
            “ Really? But I don’t think the bruise you got on your forehead can be called okay” Kata Awais sambil jarinya telunjuknya diletakkan pada dahinya.
            “ Oh, ini. Okay je ni.” Kata Zara tersenyum sambil menyentuh dahinya.“Ouch!” Zara cuba menahan pedih. Benjolan pada dahinya mula kelihatan membengkak.
            “ Ouch? Since when, ouch means okay?” Tanya Awais sambil ketawa kecil. Zara terdiam. Bibir bawahnya digigit, geram!
            “ Haha, since you met me maybe!” Gurau Zara. Zara sudah bergerak ke arah hadapan kereta. Terkejut dia melihat kerosakan yang dialami keretanya lebih teruk berbanding kereta Audi putih itu. Bahagian hadapan keretanya sudah terlucut dari tempat asalnya. Hatinya remuk sebaik sahaja melihat Audi putih itu hanya menerima sedikit calar daripada pelanggaran tadi.
            “Looks like your car had a lot of damage than mine.” Kata Awais lalu dia membuka sut hitam yang membaluti badannya itu. Sut itu diletakkan diatas bumbung kereta Zara. Lengan kemejanya disising hingga ke siku lalu dia mencangkung disisi kereta Zara.       
            “ Yelah, langgar kereta mahal~” Laju sahaja Zara menjawab kata – kata Awais. Menyedari keterlanjurannya itu, Zara cepat – cepat menekup mulutnya. Awais hanya ketawa kecil.
            “ Don’t blame me, blame the manufacturer ya, cik adik.” Balas Awais. Zara terdiam. “Amboi, pandai menjawab juga ya, si mat salleh celop ni.” Bisik hati Zara sambil dia merenung lelaki yang sedang membelek – belek keretanya itu. “ Nasib baik agaknya aku ni, handsome sungguh dia.”
            “ Done! It should be okay by now~” Awais berpaling ke arah Zara yang berada di sebelah kanannya. Mata mereka bertaut. Ada getar yang menjentik hati adam dan hawa ini. Getar yang mengasyikkan dan getar yang membawa khabar rindu.
            “ Astaghfirullahal’azim!” Masing – masing beristighfar. Mata mereka ditundukkan. Awais bingkas bangun. Zara pula sudah berdiri tegak di sebelah pintu keretanya daripada posisinya yang tadinya berada disebelah kereta Audi putih milik Awais itu. Laju sungguh langkahnya. 
           
            “ Te-te-terima kasih!” ucap Zara tanpa memandang pemilik wajah tampan yang dipujinya sebentar tadi. Hatinya masih bergetar. Nafasnya dikala itu sesak. Mahu sahaja dia terus beredar daripada situ. Pipinya sudah memerah. Merahnya bak merah mawar. Awais hanya terkaku kagum melihat pipi mulus Zara yang kini seperti memakai pemerah pipi.          
            “ Sama – sama. Err, next time, you should be more careful while driving, ya?” Nasihat Awais lembut kepada gadis yang tiba – tiba sahaja memanah hati kecilnya itu.
            “ Insya- Allah. Terima kasih untuk nasihat tu. Sa-saya pergi dulu. Assalamualaikum!” Zara meminta diri. Lebih cepat lebih baik. Hatinya semakin tidak keruan. Bibirnya sudah mongering. “Ya Allah, bantulah hamba-Mu”
            “ Waalaikumusalam Warahmatullah~ ” Awais sempat menghadiahkan sebaris senyuman pada Zara sebelum dia masuk ke dalam keretanya. Giginya yang tersusun cantik itu menyempurnakan ketampanannya. Sebaik sahaja kereta Audi putih itu sudah mara ke hadapan, Zara mula mengambil langkahnya masuk ke dalam kereta.
            “Eh, kot dia!” Zara mengambil kot yang tergantung pada bumbung keretanya itu lalu cepat – cepat dia masuk ke dalam keretanya. Telefonnya tetap masih berbunyi pinta diangkat tetapi kali ini, Zara benar – benar malas mahu menjawab panggilan telefonnya. Hatinya keawan – awangan. Dia tidak mahu rasa bahagia yang baru sahaja dia rasa itu hilang begitu sahaja dek masalah Azril. Biarlah hari ini dia melayan bahagia yang singgah sebentar itu.

            Sampai sahaja Zara di rumahnya, Azril sudahpun berada di hadapan rumah. Lagaknya seperti lelaki yang kehilangan isteri. Wajahnya tampak risau. Zara beristighfar panjang sebaik sahaja dia melihat susuk tubuh lelaki itu.
            “ Sayang, mana awak pergi? Puas saya telefon awak, tapi tak berjawab. Lama saya tunggu awak dekat Mid Valley tadi. Awak tak kesian kat saya?” Bertubi – tubi soalan yang dilontarkan kepada Zara sebaik sahaja Zara melangkah keluar daripada keretanya.
            “ Assalamualaikum, encik Azril.” Zara memberi salam kepada lelaki itu.
            “Wa-Waalaikumusalam~” Terdiam Azril. Hatinya sedikit panas kerana semua pertanyaannya tidak diendahkan Zara.
            “ Azril, baik awak balik dahulu, ya? Saya penat.” Pinta Zara dengan lemah lembut. Sempat dia mengukirkan senyumannya pada lelaki itu. Tanpa perlu penjelasan, hati Azril terus menyejuk sebaik sahaja dia melihat senyuman gadis itu. Sungguh menenangkan. 
            “ O-okay~ Sayang, awak rehat dulu ya. Malam nanti saya telefon awak.” Azril akur dengan permintaan Zara. Dia sendiri tahu, dia lemah bila berdepan dengan Zara. Zara terlalu hebat bagi dia. Zara sahaja yang mampu menundukkan dirinya.
            “ Zara, I… I love you” Ucap Azril sebelum dia beredar daripada situ. Zara termangu.
            ‘ Apa yang aku dengar ni? Cinta?’ Bisik hati Zara. Zara hanya menguntum senyuman pada Azril. Buat masa ini, dia tidak mahu mengiyakan atau menidakkan kata – kata Azril. Tampak wajah kecewa Azril di mata Zara namun dia buntu, hatinya pedih apabila dia teringat kembali perbuatan Azril berasmara dengan seorang gadis yang tidak dikenalinya di dalam kereta di Mid Vally siang tadi. Tanpa berlengah, Azril melangkah keluar dari parkir kereta bunglo milik keluarga Zara. Dia sudah tidak mampu menghantar Azril  hingga ke hadapan pagar rumah seperti yang selalu dia lakukan setiap kali Azril ingin berangkat pulang.
           
            Azril sudah masuk ke dalam perut keretanya. Dia menghidupkan engin keretanya sambil matanya meliar di tempat parkir kereta bunglo dihadapannya. Dilihatnya Zara masih berdiri di sisi keretanya. Dia tersenyum sendirian. “ Zara-Zara… Tak mahu hantar aku sampai pagar rumah pun tak apa, sebab aku tahu, kau akan sujud juga di kaki aku ni. Hahaha.” Tawa Azril sambil dia menyarungkan cermin mata hitamnya. Keretanya meluncur laju keluar daripada perkarangan rumah bunglo itu. Moodnya tiba – tiba berubah. Dia menhentak kedua – dua tangannya pada stereng keretanya. Matanya memerah.
“ Zara! Kau jangan ingat sesiapa pun boleh dapatkan kau! Kau adalah hak aku! H.A.K. aku! Faham, hak aku?! Hahaha. Hak aku! Hahaha” Tawa Azril. Azril terdiam. Dia seperti memikirkan sesuatu.
“ Tak boleh macam ni. Zara kena betul – betul jadi hak aku tapi macam mana ni?” Dia mengurut - urut dagunya, lagaknya seperti memikirkan sesuatu. Tiba – tiba telefon pintarnya berbunyi minta diangkat. Lagu imagine dragon itu sudah lama berderingan tanpa diangkat. Bola mata Azril kini sudah beralih pada skrin telefon pintarnya.

Incoming call – Dyana

“ Dyana? Well, I guess I get a big feast to celebrate tonight! Wohoooo!!” Jerit Azril gembira sambil dia meluncur laju ke Bukit Bintang.

            Dalam Zara berteleku sambil membaca Al-Quran, tiba – tiba dia teringat akan kot lelaki tampan itu di dalam keretanya. Dia langsung terlupa akan hal itu. Usai dia selesai membaca Al – Quran, cepat – cepat dia turun mengambil kot yang ditinggalkan di dalam kereta.

            Zara duduk bersimpuh di atas katilnya sambil dia membelek belek kot yang ditinggalkan lelaki itu di atas bumbung keretanya.
            “ Wangi betul perfume mamat celop ni” Zara mencium kot itu berkali – kali. Haruman lelaki kebiasannya menjadi satu perkara yang menjengkelkan kepada dirinya tetapi berlainan pula dengan haruman pada kot ini. Dia seakan dirasuk. Bau itu sungguh mengasyikkan Zara.
            “ Ish, teruk betullah aku ni. Mereng sudah! Ka sebab aku terhantuk kepala tadi?” Zara mengaru kelapanya yang tidak gatal itu lalu dia tersenyum sendirian. Dia membelek – belek kot itu, takut – takut ada sesuatu yang ditinggalkan lelaki itu bersama kotnya. Sedang dia membelek – belek mencari apa – apa yang membolehkan dia menghubungi lelaki itu, pintu biliknya diketuk.
            “ Assalamualaikum, kucing busyuk abang ada kat dalam ka?” Gurau Zarif Asyraf, anak kedua Encik Zaidi dan Puan Kamariah.
            “ Waalaikumusalam, masuklah kucing kering!” Balas Zara. Dia masak benar dengan perangai abang keduanya ini, perangai suka menyakatnya masih tidak berubah sejak berada di sekolah rendah lagi. Zara memuncungkan bibirnya sebaik sahaja abangnya melolosi pintu biliknya.
            “ Amboi, muncung bibir dia boleh buat trek belari 1000 kilometer!” Sakat abangnya sebaik sahaja dia ternampak bibir muncung Zara. Dia tahu, adiknya Zara merajuk disebabkan dia tidak dapat pulang seawal yang dijanjikan dek kerja yang menimbun di pejabatnya di Perak. Zarif Asyraf sangat terkenal dengan kewibawaan dan kecekapannya dalam melakukan sebarang pekerjaan. Setiap pekerjaan yang diberi, dipastikannya disiapkan dalam masa yang ditetapkan dan sempurna. Jikalau tidak  masakan dia dinobatkan sebagai pengawas cemerlang pada zaman persekolahannya dahulu. Sehingga kini, gelaran Mat Robot atau MatBot masih melekat di bibir rakan – rakan sekolahnya kerana lagatnya tidak ubah seperti mesin yang tidak pernah berhenti bekerja. 
            “ Ish! Angah! Sya betul – betul merajuk dengan angah baru tahu!” Zara membaling kot di tangannya tepat ke arah Zarif. Kot itu tepat mengenai muka Zarif.
            “ Hahaha. Ololo, marah benarnya adik kesayangan abang ni ya? Olololo” Zarif cepat – cepat mendapatkan Zara yang masih lagi bersimpuh di atas katilnya lalu dicubit kedua – dua belah pipi mulus adik bongsunya itu. Zara mengeran kesakitan.
            “ Angah! Sakitlah” Zara mengurut – urut pipinya yang merah itu. Diendahkan sahaja hilaian tawa Zarif.              
            “ Ololo, kesiannya adik abang ni. Meh, sini abang tengok muka adik abang ni. Tadi mama kata, kereta adik abang berlanggar dengan kereta Audi ya.” Zarif menarik wajah adiknya itu. Dilihatnya ada kesan lebam pada dahi Zara.
            “ Alhamdulillah, tak adalah teruk sangat. Tapi betul Sya tak nak pergi periksa kepala ni? Buat CAT scan ka?” Kata Zarif sambil menahan tawanya.
            “ Boleh pulak dia melawak ya! Sakit pulak hati kita ni” Zara ketawa sambil dia mencubit peha Zarif.
            “ Adoi! Hahaha. Comel betullah adik abang ni. Tak mahu merajuk merajuk lagi dah ya, sayang!” Zarif mengusap lembut rambut adik kesayangannya itu. Matanya terpandang pada kot yang setia berada di tangan kirinya.
            “ Haa, ni satu lagi. Mana Sya rembat kot mahal ni? Azril punya ka?” Tanya Zarif sambil dia membelek – belek kot Chanel itu.
            “ Bukan. Mamat celop tu punya…” Jawab Zara malas. Dia menarik kot yang berada di tangan abangnya lalu dilipat kemas.
            “ Aii~ mamat celop mana ni? Wah, dah pandai pakai spare tyre sekarang ya? Boleh turunkan ilmu kat abang tak?” Tanya Zarif. Dia kelihatan bersemangat ingin mendengar cerita yang bakal Zara ceritakan kepadanya sebentar sahaja lagi. Dikosongkan otaknya semata – mata mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada adiknya, Zara.
            “ Eh, Sya bukan macam perempuan lain okay! Ini kot mamat yang langgar Sya. Eh, bukan! Kot mamat yang Sya langgar tadi siang… Sya pun belek – beleklah kot ni, takut – takut ada dia letak kad ka, telefon ka kat dalam ni, itu ja. Tak ada kena mengena langsung dengan pentafsiran karut Angah tulah.” Terang Zara panjang lebar. Dia tahu, selagi dia tidak menceritakan hal yang sebenar kepada abangnya, selagi itulah Zarif akan terus dan terus bertanya padanya.
            “ Ye ke? Abang ingat, babah dan mama dapat menantu VVIP!” Seloroh Zarif lagi.
            “ VVIP la sangat, VVIP dekat akhirat susah nak dapat tahu! VVIP kat dunia ni, Sya tak pandang pun angah… Hi – Hi, Bye – Bye!” Balas Zara.
            “ Jangan memilih sangat, kang andartu. Sya suruh si Azril tu cepat – cepat kahwin, abang dah tak sabar ni nak dapat anak saudara ni. Lama betul tak peluk budak!” Wajah Zarif tiba – tiba Nampak begitu teruja sebaik sahaja dia menekankan perkataan anak saudara kepada Zara. Zara mencebik.
            “ Amboi! Sya disuruh kahwin cepat! Dapat baby cepat. Wahai kakanda kesayanganku, kakanda bila nak kahwin? Sudah jumpa calon isterikah kakanda ku ini?”
            “ Saluran Klasik pulak dia ya! Haa, bab kahwin – kahwin ni, bukan bidang abang. Abang belum khatam!”
            “ Eii, takkanlah nanti dah tua bangka macam Datuk Jamaluddin Hassan tu baru nak cari bini? Kalau Sya, masa tu tengok angah pun boleh lari tak jejak tanah tahu!” Gurau Zara. Dia sengaja mahu menyakiti hati abang keduanya itu. Suka benar dia bergaduh dengan abangnya itu.
            “ Eh, eh, eh! Biar rambut putih, tapi poket tebal! Haa, abang petik jari aja, zapp! Sampai Singapore, orang berbaris tahu!” Zarif memetik jarinya. Zara hanya mampu tergelak dengan perlakuan abangnya itu.
            “ Atau…” Zara mendekatkan bibirnya di tepi telinga Zarif.
            “ Angah masih tunggu kak Jenab?” Zara bingkas bangun daripada katilnya lalu berlari anak – anak keluar daripada biliknya. Jenab merupakan anak perempuan OKU yang pernah berjiran dengan mereka sewaktu mereka masih menetap di Terengganu. Seperti kanak – kanak perempuan yang lain juga, Jenab menyimpan perasaan terhadap Zarif. Jenab sering menunggu Zarif pulang dari sekolah di hadapan pagar rumahnya semata – mata mahu member Zarif kuih yang dibuat oleh ibunya. Sejak mereka berpindah ke Kuala Lumpur, mereka sudah tidak mendapat apa – apa khabar berita mengenai Jenab dan keluarganya.

            “ Kurang garam betullah adik aku sorang ni! Jenab dikenenkan aku!” Zarif mengejar adiknya daripada belakang. Hilaian tawa dua beradik itu memecah sunyi malam di bunglo tersebut. 

No comments:

Post a Comment