Zara membontoti Encik Zaidi masuk ke
dalam ruang kecil itu. Ditekan punat tingkat 18. Lif itu laju naik ke atas.
Debaran kian memuncak. Zara menarik nafas sedalam dalamnya. Encik Zaidi pula
rancak berbual dengan salah seorang pekerjanya di dalam lif itu.
" Mari sayang. Babah kenalkan
dengan pekerja - pekerja babah." Kata Encik Zaidi mesra. Zara hanya
mengangguk. Tidak mahu babahnya tahu kegugupannya.
" Assalamualaikum semua,
pinta perhatian kamu semua sebentar." Masing - masing serta merta berhenti
lalu mengalihkan perhatian mereka ke arah Encik Zaidi.
" Hari ini, kita ada new
intern, Cik Nur Zara Alesya. Saya harap kamu semua boleh memberi tunjuk ajar
kepadanya selama dia berada disini. Zara, perkenalkan diri kamu." Suara
Encik Zaidi jelas. Zara pula berasa semangat mendengar suara lantang babahnya
itu. Usai sahaja sesi memperkenalkan diri kepada semua staf - staf babahnya, dia menuju ke arah
mejanya.
" Okay Zara! Please do your
best. Hwating!" Zara mengepal buku limanya.
" Hi, Saya Redwan. People
calls me Red. I duduk sebelah meja you aje. If you want anything, just call me
okay." Senyum lelaki segak berkemeja merah pekat itu. Wajahnya yang saling
tidak tumpah pelakon lelaki korea itu membuatkan Redwan tampak mewah walaupun
hanya berkemeja biasa. Zara hanya senyum mengangguk faham.
" Eee, pantang tengok
perempuan dahi licin la kau ni Red! Grrrr... geram pulak aku. Eh, hi... Nama
akak Fadhilah, panggil je akak Ilah. Kalau adik kena kacau dengan buaya korea
tu, bagitahu akak. Biar akak tibai kepala dia." Ujar Fadhilah sambil dia
mengungkilkan matanya pada Redwan. Zara ketawa kecil.
" Eh, cemburu pulak kau! Tak
payah layan orang mulut cabuk macam dia tu Zara. Kang tak pasal - pasal
berjangkit." Tegas Redwan mengutur kata, ekor matanya menjeling Fadhilah
yang sudah merah mukanya.
" Hahaha, comel je akak
dengan abang ni. Ada apa - apa ke?" Tanya Zara. Dia memandang pada kedua -
duanya.
" Sisih malaikat 44!"
Jawab mereka serentak seraya kembali kepada skrin desktop masing - masing. Zara
hanya mampu ketawa kecil.
" Dah dah jom masuk bilik
mesyuarat. Pengarah dari Berjaya Holdings dah sampai. Cepat! Cepat!" Arah
seorang wanita pertengahan usia di hadapan pintu pejabat. Datang dari jabatan
lain barang kali. Fadhilah tiba – tiba jadi bersemangat. Diambil bedak
kompaknya dari laci lalu di bedak itu di sapu – sapu ke mukanya. Tidak cukup
dengan itu, dia menempel – nempel sedikit lipstik merah pada bibirnya. Sebelum
dia bangun daripada kerusi, dia membetulkan ikatan rambutnya agar nampak kemas.
Perlakuannya itu setia diperhatikan Zara. Boleh jadi dia bingung melihat
sekelilingnya masing – masing kelam kabut.
“ Eh Zara!
Apa yang awak duk melanguk lagi tu? Jom, cepat!
“ Arah Fadhilah. Tangan Zara ditarik
lembut. Mereka berjalan beriringan ke sebuah bilik mesyuarat yang besar. Mata Zara
kagum melihat bilik mesyuarat yang serba lengkap itu. Dia mengambil tempat di
sisi pintu besar. Segan mahu lebih ke hadapan. Lebih baik dia duduk sahaja di
situ, fikirnya.
“ Emm,
akak! Kenapa semua orang kelam kabut je ni?” Tanya Zara kehairanan, matanya
setia pada Fadhilah yang sibuk membetulkan butang baju blazer merahnya.
Dia bukanlah mahir dengan selok belok
kerja di syarikat Berjaya Holdings itu. Dia hanya tahu, babahnya adalah salah
seorang pemegang syer syarikat tersebut dan memegang jawatan sebagai Ketua
Pengarah Bahagian Pemasaran. Selebihnya dia langsung tidak ambil peduli.
“ Eisyh,
kamu ni! Ini mesyuarat bulananlah, setiap jabatan akan menghadiri mesyuarat ini
untuk memberi sedikit sebanyak perkembangan syarikat pada barisan CEO Berjaya Holdings.
Bosan tu tak payah tanyalah tapi anak CEO syarikat ni, alahai~ handsome
sungguh! Nanti kau tengoklah! Mesti kau pon jatuh hati.” Kata Fadhilah panjang
lebar. Zara hanya mengangguk faham. Matanya melilau di setiap sudut bilik
mesyuarat. Kaum wanita semuanya sedang sibuk memperbetulkan pakaian masing –
masing. Ada yang menyembur minyak wangi, ada yang membetulkan lipatan
selendang, ada yang mencalit lipstik di bibir, hai, macam – macam ragam. Kadang
– kadang terpandang juga mimik kaum lelaki yang kurang senang dengan gelagat
wanita – wanita itu. “Hai, dasyat sungguh penangan anak CEO ni!” Getus hati
Zara. Zara juga sempat membetulkan
lipatan tudungnya yang dirasakan senget sedikit.
Pintu
mesyuarat yang tadinya tertutup rapat tiba – tiba dibuka seluas – luasnya.
Barisan CEO Berjaya Holdings yang ditunggu – tunggu sudahpun melangkah masuk ke
dalam bilik mesyurat. Zara bangun berdiri setelah melihat semua rakan sekerja
bangun memberi tanda hormat kepada mereka. Buntang mata Zara sebaik sahaja
susuk tubuh lelaki bersut kelabu pekat itu berhenti di hadapannya. Mujur lelaki
itu tidak perasan akan kewujudan dirinya disitu. Matanya setia mengokori lelaki
itu sehingga dia melabuhkan punggungnya bertentangan dengan tempat duduknya.
Zara mengetap bibirnya, dia berdoa moga – moga lelaki itu tidak sedar akan
kewujudannya di situ. Belum sempat lelaki itu menoleh ke arahnya, lampu bilik
mesyuarat terpadam. Zara menghembus nafas lega. Dipegang dadanya yang sejak
tadi berombak kencang. “ Ya Allah, tenangkanlah hatiku.” Doa Zara.
Fadhilah
menyiku lengan Zara membuatkan Zara bangun daripada lamunannya. “ Betul tak apa
yang akak cakap, handsome kan anak
CEO tu?” Bisik Fadhilah. Zara mengangguk sahaja. Jika boleh, mahu sahaja dia keluar dari bilik mesyuarat itu.
Aura lelaki itu terlalu kuat. Dia membuatkan Zara terus keawang – awangan.
Senyumannya, kewibawaannya, ketampanannya sungguh terserlah. Zara akui dia
kalah jika berhadapan dengan Awais, anak keempat Dato' Azmi itu.
“ Psstt~,
eh!” Ada suatu suara membisik dari arah pintu mesyuarat. Zara menoleh.
“ Ya, boleh
saya bantu?” Tanya Zara. Suaranya membisik.
“ Tolong
hidangkan air untuk barisan CEO, cik!” Hulur perempuan tua itu satu dulang air
kopi. Zara bingung lalu dia mengetap bibirnya.
“ Tolonglah
makcik, makcik segan masuk bilik mesyuarat ni.” Ujar wanita lewat usia itu.
Zara melihat kiri dan kanannya. Masing – masing tekun mendengar presentation di hadapan. Akhirnya, Zara
mengangguk perlahan.
Zara
berjalan ke arah meja bulat besar itu. Satu persatu cawan di dalam dulang
dihidangkannya. Di dalam hatinya, tidak putus – putus dia berdoa agar Awais
tidak mengecam akan dirinya di dalam gelap itu. Kakinya rapat berdiri disebelah
kerusi mewah yang diduduki Awais. Dadanya berombak kencang sebaik sahaja bau
wangian Armani milik lelaki itu menunjah ke lubang hidungnya.
" Enjoy your coffee sir."
Zara meletakkan secawan kopi di atas meja lalu tanpa melengahkan masa, Zara
terus berlalu dari situ.
" Excuse me miss, this is not my coffee if I am not mistaken."
Awais menegur Zara. Zara menghentikan langkahnya.
" Maaf?" Tanya Zara tidak faham. " Haish, time ni juga
ada yang dia tak puas hati." Bebel Zara. Jari telunjuk Awais digoyangkan
tanda menyuruh Zara dekat ditelinganya. Mata Awais setia memandang helaian -
helaian kertas di atas mejanya.
" You sent me the wrong coffee so you owe a lunch date, Zara."
Awais mengoyakkan senyuman. Bulat mata Zara lalu dia memalingkan wajahnya ke
arah Awais. Mata kedua - duanya bertaut lalu Awais sengaja mengenyitkan matanya
pada Zara. Zara cepat - cepat berdiri tegak lalu berlari anak keluar dari bilik
mesyuarat. Awais ketawa kecil. Seronok mengusik adik Zarif itu.
"Astaghfirullahala'zim! Aaaaaa!" Zara menghentak - hentak
kecil kakinya. Dia sudah hilang akal. Orang lalu lalang di sekitar lif itu
pasti fikir dirinya sudah gila. Tapi dia sudah tidak peduli. Dia geram amat.
Bagaimana lelaki itu dapat menghidu keberadaannya di sana. Dia pun tidak tahu.
Telefon pintarnya tiba - tiba bergetar.
Assalamualaikum, mohon jangan lari pulak ya. Tunggu saya di lobi
nanti. Kereta plat WWW 88.
Zara
membatu diri. Ligat jari jarinya menekan skrin telefon pintarnya, mata
bundarnya meneliti setiap patah perkataan yang ditulisnya lalu dipadam semula.
Matanya dipejam rapat, dia sudah tidak ada akal untuk lari. Terdetik dihatinya
seribu rasa bahagia namun dia harus memberitahu Awais akan status dirinya yang
sebenar. Hati Zara tiba - tiba jadi sebal. Hatinya tidak mahu. Tidak mahu
memberitahu Awais yang dirinya itu sudah menjadi tunangan orang.
"
Awais, how can I escape from you?" keluh Zara. Hatinya keruh.
Detik 12
tengah hari dinanti penuh debaran. Lampu bilik mesyuarat dibuka terang. Awais
yang dilihatnya di dalam gelap tadi tersergah di ruang kornea Zara. Langkah
Awais dipercepatkan. Zara menanti gugur jantungnya. Senyuman itu sungguh
menghayalkan. .
"
I'll wait for you in the lobby... " Bisik Awais. Pandangan Zara
kosong. Tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Bagaimana jika dilihat Encik
Zaidi? Pasti mengamuk lelaki itu. Zara menarik nafas panjang lalu dia
beristighfar.
"
Astaghfirullah, apa yang aku buat ni? Sedar Zara, kau tu tunangan orang, "
Bisik Zara. Alangkah dia tidak suka akan realiti itu. Masih diguna pakaikah
status itu? Zara berfikir panjang.
Lobi
Berjaya Holdings tersergam indah. Susun atur ruangan lobi sungguh eksklusif
dengan set sofa kulit hitam. Tema " Clean and Professional"
yang cuba di ketengahkan oleh syarikat tampak berjaya dengan kombinasi hitam
dan putih pada sofa dan juga karpet. Cermin kaca yang menjadi dinding lobi
membenarkan setiap cahaya dari semua penjuru menerangi lobi itu. Zara berjalan perlahan menuju ke lobi. Dia
mencari - cari kelibat Awais. Tiada.
"
Ahhh, kereta..." Zara menjenguk ke luar lobi. Dilihat satu Audi putih
terparkir di hadapan lobi. Zara tanpa lengah maju ke luar. Awais sudah
menunggunya di dalam kereta barangkali.
Tingkap Audi itu diketuk perlahan. Perlahan tingkap itu diturunkan.
" Okay Zara! Bagitahu terus jangan berlengah!" Bisik
hati Zara.
" Maafkan saya! Saya tak boleh ikut awak keluar makan tengah
hari!" Beritahu Zara. Suasana diam. Zara kaku.
" Ya dik, boleh saya bantu?" Suara garau lelaki lewat 50
an itu bergegar di telinga Zara. Melopong Zara.
" Haduh, silap kereta pulak... Aisyehh.." Malu bukan
kepalang. Zara perlahan - perlahan mara ke belakang.
" Sorry encik..." Bukk! Bahunya terasa bisa. Dia
mengaduh.
" Next time, don't walk backward Miss Nur Zara Alesya.
You might fall." Suara itu sungguh dikenalinya. Cepat - cepat dia berdiri
tegak. Muncung Zara apabila ditegur begitu. Awais hanya tersengih manja lalu
digeleng - gelengkan kepalanya.
" Come, nanti gastrik anak kesayangan Encik Zaidi kita
ni?" Kata Awais sambil dia memberikan isyarat tangan kepada pemandunya
supaya tidak membuka pintu untuknya lalu dia sendiri membukakan pintu itu, khas
untuk wanita yang berdiri tidak jauh daripadanya. Matanya direnung pada Zara.
Zara tersekima. Mungkin juga berberapa pekerja perempuan yang lalu lalang
disitu juga sama riaksinya dengan Zara.
"
Errr, maaf. Saya...." Tiba - tiba bahu Zara di tepuk seseorang. Zara berpaling
ke belakang.
"
Babah?" Zara terkejut. Bibirnya tiba - tiba kering. Hatinya berombak
kencang. Tidak tahu apa yan bakal terjadi. Tergagap - gagap Zara tatkala dia
melihat Encik Zaidi berdiri di hadapannya.
"
Zara? Kenapa ni sayang? Dah masuk, kesian Awais sudah lama dia bukakan pintu
untuk kamu." Arah Encik Zaidi. Zara melopong. Tidak pasti apa yang
sebenarnya sudah terjadi. Zara pandang pada Awais. Awais senyum. Zara makin
bingung.
"
Aish, anak babah ni, macam patung pula dia." Lalu laju pula Encik Zaidi
melangkah masuk ke dalam perut kereta.
"
Masuklah dulu wahai tuan puteri." Pelawa Awais sekali lagi. Zara mengikut
sahaja.
Sepanjang
perjalanan, Zara diam sahaja. Kepalanya masih berfikir - fikir bagaimana Awais
mengenali babahnya. Matanya melirik ke arah dua lelaki itu, rancak pula Awais
berbual dengan babahnya, tambahan lagi dengan personaliti babahnya yang sangat
ramah itu membuatkan sesiapa sahaja senang berbual dengannya.
"
Susah - susah sahaja Awais jemput pakcik makan tengah hari." Kata Encik
Zaidi. Zara terkejut.
" Eh,
tak ada susah - susah pun pakcik. Lagipun dah lama tak makan dengan pakcik.
Rindu pula rasanya nak dengar cerita pakcik." Kata Awais panjang lebar.
Sesekali anak matanya melirik ke arah Zara yang sejak tadi hanya memandang ke
luar tingkap sahaja.
"
Itulah, kamu sekarang ini pun sudah besar panjang! Teringat dulu time kamu
kecil - kecil, nakal bukan main! Sekarang? Nah! Segak!" Seloroh Encik
Zaidi. Mereka sama - sama ketawa. Dahi Zara berkerut tatkala dia mendengar
perbualan penuh mesra dua lelaki itu. Dia tidak mahu mencelah perbualan antara
dua lelaki itu baginya perbuatan seperti itu sungguh tidak beradab.
"
Haha, Zara tak ingat ke? Inilah anak kawan babah. Kamu lupa ya? Awais satu
keluarga pernah datang rumah kita bercuti di terengganu. Waktu tu kamu enam
tahun tak silap." Zara makin berkerut. Tidak faham apa yang dikatakan oleh
babahnya.
" Tak apa la pakcik, lupa mungkin." Kata Awais sambil
tersenyum. Zara masih diam membatu.
Tiba - tiba mata Zara membulat.
" Ohh, budak inilah yang dulu tolak Zara dalam lumpur tu
kan?!" Zara mengetap giginya. Barulah dia teringat akan kejadian hitam itu
dimana Awais pernah menolaknya jatuh ke dalam lumpur sewaktu Zara cuba
mengajakknya bermain bersama - sama. Sudahlah ajakannya ditolak malah dia pula
yang ditolak ke dalam lumpur sebelum Awais lari masuk ke dalam rumah. Dia masih
ingat dimana Awais membuat muka jelek kepadanya sebelum hilang ke dalam rumah.
Perasaan sebal yang menebal di dalam diri waktu itu sungguh dia tidak
dapat lupakan.
Tambahan pula, hampir dua
jam dia perlu membersihkan lumpur yang sudah mengering di badannya. Dimarahi
babahnya apatah lagi. Malam itu Awais asyik mengejeknya di meja makan. Benci
bukan kepalang pada budak lelaki bandar itu. Seminggu itu dirasakan bagaikan
neraka buatnya. Bilik tidur Zara juga diambil Awais waktu itu disebabkan Awais
tidak mahu berkongsi bilik dengan abang - abangnya.
Awais senyum saja. Bukan Zara sahaja yang mengingati kejadian itu,
dia juga. Terasa lawak apabila mengenangkan muka Zara waktu itu yang dipenuhi
lumpur. Dress putihnya habis dicelup lumpur. Waktu itu Zara layak dipanggil
hantu lumpur. Entah kenapa dia berasa seronok melihat telatah Zara yang baginya
sungguh comel. Namun ada perkara tentang
Zara yang masih dia tidak dapat lupakan.
Bebola salji atas meja Zara. Sungguh cantik. Dibawahnya tertulis tulisan yang
sungguh cantik ' aku mahu main salji '. Setiap malam Awais pasti mengocak
bebola itu lalu Ia menghasilkan salji salji putih yang baginya sangat cantik.
Sehingga sekarang, dia masih melakukan perkara yang sama.
Kini, bebola salji itu berada di biliknya, di dalam almari kaca.
Tatkala dia memandang bebola salji itu dia berasa sungguh tenang tambahan pula
dia sudah jatuh hati pada pemilik bebola
salji itu. Awais tahu perbuatannya salah, mencuri bebola salji kepunyaan Zara
tetapi waktu itu dia seperti tidak mahu melupakan kenangannya berada di rumah
Encik Zaidi di Terengganu jadi fikirnya bebola salji itu sangat sesuai untuk
dijadikan barang kenangan. Akhirnya, pada hari terakhir dia berada di
Terengganu. Dia mengambil bebola salji itu masuk ke dalam bag galasnya tanpa
pengetahuan Zara.
Zara mengecilkan bola matanya. Dia seakan tidak percaya, budak
lelaki yang dibencinya dulu, kini segak berada di hadapannya.
" Haha, kamu ingat lagi rupanya ya Zara," kata Encik
Zaidi sambil dia ketawa kecil melihat mimik muka anak bongsunya itu.
" Mestilah ingat, Zara tak suka la budak tu." Lancang
sahaja mulut Zara.
" Ish, apalah Zara ni, perkara tu dah lama dah berlaku. Awak
berdua dah besar panjang sudah. Tak perlu diinggat lagi perkara yang
lepas." Encik Zaidi mencubit pipi anak bongsunya itu. Berdendam sungguh
Zara pada Awais. Zara mengalihkan pandangannya ke luar tingkap kereta. Geram
barangkali. Tidak percaya mungkin lebih tepat baginya.
"Awais... Jangan ambil hati. Zara ni manja oranganya."
Kata Encik Zaidi sambil menepuk bahu Awais.
" Eh, tak apa pakcik. Memang salah saya pun dulu suka kacau
si Zara ni. Dulu saya tak pandai berkawan, itu yang jadi membuli Zara. Lagipun
dulu Zara ni comel sebab tu saya suka kacau dia ni, pakcik." Kata Awais.
Zara tiba - tiba jadi sejuk mendengar kata - kata Awais.
" Hahaha. Awais, Awais. Hmm, Itulah tak sangka pakcik, kamu
dan Zarif satu universiti. Pakcik nak berterima kasih banyak dengan Awais sebab
sudi tolong Zarif masa belajar dulu." Ujar Encik Zaidi. Dia berasa
terhutang budi dengan Awais yang banyak membantu Zarif baik segi wang dan
kerohanian. Baginya Awais pemuda yang bertanggungjawab.
" Apa yang babah berterima kasihkan? Awais pernah tolong apa?
Apa dah jadi dengan angah? " Terdetik persoalan di hati Zara. Siapa Awais?
Mujur tempahan meja sudah dibuat sejam tadi. Restoran chef
terkenal itu pasti penuh tatkala waktu puncak begini. Kebiasaannya, para
pekerja syarikat - syarikat berdekatan pasti menjamu makan tengah hari mereka
disini. Harga makanan di situ juga berpatutan, tidak terlalu mahal. Sesuai
dengan kos hidup di bandar metropolitan itu.
Beraneka juadah berkonsepkan melayu dan fusion dihidangkan secara buffet. Zara jadi rambang mata.
Mengenangkan perutnya yang sudah berkeroncong itu mahu sahaja dia mengambil
segala makanan yang berada di hadapannya itu. Semua nampak sedap. Tidak lama
kemudian, dilihat pingannya sudah penuh dengan makanan. Udang masak lemak, Ikan
goreng, sayur goreng, tempe bakar dan sedikit sambal belacan serta ulam - ulam
segar. Awais yang setia di belakangnya berdehem.
" sihat makan," sindir Awais sambil dia tersenyum sinis.
Langkah Zara berhenti lalu dia mengalihkan pandangannya pada lelaki tinggi
lampai itu.
" Perli saya ya?" Bibirnya muncung lagi. Tidak puas
hati. Geram pun juga. Lelaki ini suka benar merosakkan hari baiknya. Pasti ada
saja idea bernas yang semestinya berjaya
membuatkan hati Zara sebal.
" Tak baik buruk sangka pada saya, cik adik manis. Saya nak
cakap bagus awak makan ulam - ulam tu. Sihat..." Kata Awais sambil berlalu
pergi ke arah meja. Kedengaran tawa kecil Awais. Zara membungkam. Zara
membontoti sahaja lelaki itu. Geram sungguh. Sampai di meja, dia sedikit
terkejut. Pinggan - pinggan di hadapannya tidak begitu banyak lauknya
berbanding dia. Jikalau ada pertandingan siapa makan yang paling banyak, pasti
dialah juaranya. Tiba - tiba sahaja perasaan segan menguasai dirinya. Pipinya
tiba - tiba merah.
" Jemputlah makan, pakcik, Zara. Jangan segan - segan."
Jemput Awais lalu dia menadah tangan untuk membaca doa makan. Zara tertunduk
malu.
Usai membaca doa, Encik Zaidi, menegur Zara, " banyak anak
babah makan hari ni? Boleh habis ke?" Kata Encik Zaidi sambil ketawa
kecil. Pipi Zara terus memerah. Zara diam sahaja. Malu.
" Tak apa pakcik, nanti kalau pipi dia tu naik, baru
comel." Gurau Awais.
" Babah... " Zara sudah tidak tahan dengan gurauan
Awais. Dia geram. Encik Zaidi hanya mampu mengeleng - gelengkan kepala sahaja
melihat celotoh orang muda itu. Terdetik juga di hatinya, Awais ini sudah pun
berpunya atau belum? Ataupun sama sahaja seperti anaknya, Zarif, masih tercari
- cari cinta peneman hidup.